Siakap Keli
Gambar: BERNAMA/Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sembilan

Bas Ekspress Dilapor Terbakar 100 Peratus Di KM286 RNR Arah Selatan Petang Ini

Sebuah bas ekspress dilapor terbakar 100 peratus dalam kejadian yang berlaku di KM286 Hentian Rehat dan Rawat (RNR) arah selatan petang ini.

Menurut laporan BERNAMA menerusi tweet ringkas yang dimuat naik di Twitter sebentar tadi berkata, bas ekspress berkenaan tidak membawa penumpang dan pemandu bas tersebut juga tiada dalam bas ketika kejadian berlaku.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Raihan Che Mat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.29 petang dan api kebakaran dapat dipadam sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.

Punca kejadian kini masih lagi dalam siasatan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.