Siakap Keli
Gambar Via Pixabay

Boleh Bawa Maut, Doktor Ini Pesan Jangan Gemar Kepit Pin Tudung Di Bibir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Boleh Bawa Maut, Doktor Ini Pesan Jangan Gemar Kepit Pin Tudung Di Bibir

Setiap orang pasti akan memandang serius apabila melibatkan pemakaian yang sering dianggap sebagai cerminan kepada diri.

Penampilan yang kemas dapat mencerminkan peribadi seseorang sekaligus dapat meningkatkan semangat apabila hendak berjumpa dengan orang luar.

Khususnya golongan wanita bertudung, mereka pasti mahu tudung yang dipakai sentiasa terletak elok di atas kepala.

Bagaimanapun, mesti ada dalam kalangan wanita yang mempunyai tabiat mengepit pin tudung di bibir sebelum mengenakan hijab di kepala.

Pun begitu, adakah anda tahu bahawa tindakan yang dianggap remeh itu boleh mengundang maut?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesan dan cara atasi tabiat itu, mari ikuti perkongsian Dr. Samhan di bawah ini.

Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut?!

Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.

Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir. Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan (esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.

Gambar: Twitter Dr Samhan

Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat. Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.

Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.

Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.

Untuk elakkan kejadian berlaku, ikut cara ini:  

Pertama, cucuk pin di lengan baju/atas tudung.

Kedua, pakai tudung instant.

Ketiga, guna magnetic pin.

Keempat, guna pin kepit.

Kelima, elakkan buat urusan lain ketika melaram.

Sumber: Doktor Samhan via Twitter

Farah Nabilah