Kamus Oxford Pilih “Mod Goblin” Sebagai “Word Of The Year”
Istilah slanga ‘Mod Goblin’ telah dipilih oleh Oxford English Dictionary sebagai perkataan bagi tahun 2022 melalui undian awam buat kali pertama dalam sejarah penerbitannya.
Menurut Oxford University Press, perkataan ‘Mod Goblin’ merujuk kepada sejenis tingkah laku yang mementingkan diri sendiri, malas, selamba atau tamak, lazimnya, berdasarkan cara yang menolak norma atau jangkaan sosial.
Memetik Sputnik, Oxford Word of the Year mencerminkan etos, mod atau keasyikan sepanjang dua belas tahun lalu, yang berpotensi sebagai istilah yang mempunyai kepentingan budaya yang berkekalan.

Ungkapan ‘Mod Goblin’ mula digunakan di Twitter pada 2009 dan kini menjadi tular di media sosial sejak Februari lalu.
Perkataan tersebut dikatakan semakin popular selepas banyak negara melonggarkan sekatan COVID-19, termasuk perintah kawalan pergerakan.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Beberapa orang individu mula menolak idea untuk “kembali kepada kehidupan normal”, memberontak terhadap “pendirian estetik yang semakin tidak dapat dicapai dan gaya hidup tidak mampan dipamerkan di media sosial”.
Undian pemilihan Oxford Word of the Year telah dijalankan dalam talian sejak dua minggu lepas, dengan melibatkan lebih 300,000 penutur bahasa Inggeris di seluruh dunia.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Istilah metaverse berada di tempat kedua manakala hashtag #IStandWith pula mendapat tempat ketiga.
Sumber: Sputnik