Siakap Keli
biskut telur
Gambar: FB AdiZul Semerbak

Lebih 3,000 ‘Share’, Kombinasi Menarik ‘Biskut Telur’ Buat Ramai Kecur Air Liur

Rakyat Malaysia sangat sinonim dengan biskut kering yang biasanya menjadi pilihan utama minum petang, dihidangkan bersama air teh panas atau teh tarik, tatkala sedang merehatkan minda bersama keluarga selepas penat bekerja di pagi harinya.

Pilihan tersebut merupakan hidangan menarik yang juga boleh dinikmati pelbagai jenis golongan dan umur, tidak kira pada waktu siang atau malam. Gabungan tersebut pastinya dapat mengisi perut kosong sekiranya diambil sebelum makan hidangan penuh.

Selain alas perut, ramai yang tidak mengetahui bahawa biskut tersebut juga boleh dijadikan sebagai hidangan sampingan dalam kategori ‘berlauk’. Boleh juga dijadikan sebagai menu sarapan, iaitu menukarkan sajian nasi goreng kepada biskut telur.

Seperti perkongsian AdiZul Semerbak di Facebook, dia mempamerkan masakannya yang dipanggil sebagai ‘Biskut Telur’ kepada umum hingga ramai yang berasa terkejut kerana tidak menjangka biskut itu juga boleh dijadikan lauk.

Kredit: FB AdiZul Semerbak
Kredit: FB AdiZul Semerbak
Kredit: FB AdiZul Semerbak

Kebiasaanya, ramai yang menggunakan laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHN) untuk berkongsi mengenai masakan yang ‘gagal’ disebabkan tersalah beli barang dapur atau juadah unik yang belum pernah dibuat.

Oleh kerana ramai yang kali pertama melihat biskut telur itu, hantaran AdiZul telah tular hingga mendapat 10,000 tanda suka, 4,700 komen dan 3,300 perkongsian setakat artikel ini ditulis.

Rata-rata pengguna media sosial menyatakan perasaan ingin tahu serta ramai juga yang ‘tidak biasa’ dengan masakan tersebut, akan tetapi ada segelintir yang memberi maklum balas positif kerana sudah mencubanya terlebih dahulu.

Kata Wargamaya

Tangkap layar Facebook
Tangkap layar Facebook
Tangkap layar Facebook

Difahamkan, ada pengguna media sosial yang mengutarakan maklum balas tersebut kerana ibu bapanya dari awal sudah menyajikan masakan itu terlebih dahulu kepada mereka.

Adizul juga berkata hidangan tersebut boleh dinikmati dengan memakannya tanpa memerlukan nasi ataupun roti. Boleh dikatakan sajian itu sangat enak untuk dimakan begitu sahaja.

Reseipi biskut telur oleh Adizul

Masakan tersebut sangat sedap dimakan ketika panas. Sekiranya ingin mengetahui resepi masakan unik itu, ikuti perkongsian Adizul yang tertera di bawah ini supaya dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Biskut telur 

Lapar-lapar ni jom makan biskut telur panas-panas.

Bahan-bahan masakan

Telur 10 biji

Biskut petak kecik tu 1/2kg (ikut berapa ramai yang nak makan)

Cara-cara memasak

Potong bawang dan lada (ikut banyak mana), dadarkan telur dan garam sedikit, masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan sekejap.

Panaskan kuali, masuk minyak empat sudu besar, dah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.

Terbalikkan (gaul) sampai semua masak. Saya ada tambah planta dalam kuali masa balikkan (gaul) biskut.

Selamat mencuba.

Sumber: MATJHN/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.