Siakap Keli
Gambar: NASA

Marikh Boleh Dilihat Dengan Lebih Terang, Fenomena Istiqbal Dijangka Berlaku Pada 8 Dis

Marikh Boleh Dilihat Dengan Lebih Terang, Fenomena Istiqbal Dijangka Berlaku Pada 8 Disember

Fenomena oposisi planet Marikh atau turut dikenali sebagai istiqbal dijangka akan berlaku pada 8 Disember dimana kedudukan planet Marikh berada bertentangan dengan Matahari.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), semasa oposisi berlaku kali ini, permukaan planet Marikh yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh Matahari.

Kredit: Facebook MYSA

Malah, planet tersebut dapat dilihat dengan lebih terang berbanding sewaktu planet tersebut berada pada kedudukan lain.

Dikenali sebagai ‘Planet Merah’, ia merupakan planet keempat dari kedudukan Matahari dan saiznya adalah separuh daripada saiz Bumi.

Ia dinamakan sebegitu kerana permukaan planet tersebut berwarna kemerahan apabila dilihat dari langit.

Sementara itu, menurut NASA, planet tersebut akan bergerak ke bahagian timur dan matahari pula akan terbenam di bahagian barat.

Kemudian, selepas berada di langit sepanjang malam, Marikh akan terbenam di sebelah barat manakala matahari pula akan terbit di sebelah timur.

Selain itu, planet itu juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Taurus pada jarak sekitar 1.53 AU dari Matahari dan hampir 0.55 AU dari kedudukan Bumi.

Kredit: Facebook MYSA

Diameter ketara Marikh sebanyak 17 saat arka dan magnitud ketara iaitu kecerahan Marikh pula dijangka akan berlaku sekitar -1.9 pada kedudukan oposisi tersebut.

Difahamkan, planet Marikh akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 26 bulan.

Oposisi tersebut boleh berlaku di mana sahaja di sepanjang orbit Marikh. Apabila ia berlaku semasa planet tersebut berada paling hampir dengan Matahari, Marikh dikatakan akan berada sangat dekat dengan Bumi.

Bukan itu sahaja, oposisi yang berlaku pada tahun 2003 merupakan pendekatan yang paling dekat sekali dalam jangka masa 60,000 tahun.

Ia boleh disaksikan apabila ia naik ke ketinggian 7° di atas ufuk timur laut. Kemudian, oposisi akan mencapai titik yang tertinggi di langit kira-kira jam 1.04 pagi, dimana ia bakal naik ke ketinggian 68° di atas ufuk utara.

Kredit: Facebook MYSA

Sebelum ini, kali terakhir planet tersebut berada pada kedudukan oposisi ialah pada 13 Oktober 2020.

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia, NASA

BACA JUGA: Patutlah “Crush” Asyik Pekup Hidung Setiap Kali Sembang, Rupanya Dia Nak Elak Benda Ni

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.