Siakap Keli
tuduhan dana judi
Gambar: BERNAMA

PAS Kesal Dituduh Terima Dana Dari Syarikat Judi, Tuntut PM Tunjuk Bukti

Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Takiyuddin Hassan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti berkenaan dakwaan dana Perikatan Nasional (PN) semasa pilihan raya datang daripada syarikat perjudian.

Kata beliau dalam satu kenyataan, PAS amat kesal dengan tuduhan disyaki berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Anwar mengenai perkara itu.

“Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan PAS menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.

“Sekiranya gagal, PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mendakwa beliau membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN dipercayai berkait dengan cabutan khas judi dalam satu sidang media semalam.

Dalam perkembangan lain, media melaporkan Anwar sedia memfailkan saman terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan beliau membawa budaya songsang iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta menyokong ideologi komunis.

Merujuk laporan Bernama semalam, Anwar memfailkan saman itu menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Taiping dengan menamakan Razman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunong Semanggol selaku defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar selaku plaintif mendakwa pada 6 Nov lepas, defendan berucap mengenai perkara itu pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 di pasar malam Tebuk Pancur.

Difahamkan ucapan berkenaan disiarkan secara langsung melalui klip video di akaun Facebook defendan yang mendapat tontonan melebihi 94,400 kali, melebihi 5,100 reaksi, 429 kali perkongsian dan melebihi 2,600 komen sehingga semalam.

BACA JUGA: Anwar Saman Pesuruhjaya PAS Perak Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah

Sumber: Takiyuddin Hassan/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.