Fernando Santos Dedah Sebab Ronaldo Diletakkan Di Bangku Simpanan
“Coach” Portugal Dedah Sebab Ronaldo Diletakkan Di Bangku Simpanan
Jurulatih pasukan bola sepak Portugal, Fernando Santos mendedahkan sebab sebenar mengapa Cristiano Ronaldo tidak beraksi dalam perlawanan pusingan 16 Piala Dunia menentang Switzerland di Stadium Ikonik Lusail.
Ronaldo memulakan perlawanan Portugal menentang Switzerland dari bangku simpanan dan hanya masuk pada 17 minit terakhir ketika Portugal membelasah pasukan lawannya 6-1 untuk mara ke suku akhir.
Dipercayai bahawa Santos memutuskan untuk menggugurkan kapten pasukan Portugal selepas dia kecewa apabila ditewaskan oleh Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka.

Keputusan tersebut agak mengejutkan, tetapi mungkin yang mengejutkan ialah posisi pemain bintang itu diganti dengan pemain yang berusia 21 tahun, Goncalo Ramos.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Memetik Metro UK, ia adalah permulaan pertama Ramos untuk negaranya dan berjaya membuahkan hasil apabila dia menjaringkan gol hatrik yang menakjubkan.
Selepas perlawanan, Santos ditanya sebab sebenar meletakkan Ronaldo di bangku simpanan dan dia dengan tegas menafikan bahawa ia adalah berhubung insiden Korea Selatan.
Santos berkata bahawa Cristiano dan Ramos adalah pemain yang berbeza dan dia tiada masalah dengan kapten pasukan kebangsaan tersebut.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
“Ia adalah strategi. Pemain berbeza. Saya juga memulakan Diogo, Raphael, namun Cancelo adalah pemain yang hebat,” kata Santos.
Menurutnya, itu adalah apa yang dia fikirkan dalam perlawanan menentang Switzerland dan mungkin berbeza untuk perlawanan yang seterusnya.
Santos juga turut mengatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan Ronaldo, mereka telah berkawan selama bertahun-tahun dan perkara itu tidak menjejaskan mereka.
“Saya sudah jelaskan, hal itu telah diselesaikan sepenuhnya, Ronaldo adalah contoh pemain profesional dan jika dia bermain, dia akan membantu pasukan,” kata Santos lagi.
Ronaldo kelihatan kecewa kerana tidak berada dalam kesebelasan utama, kali pertama dia tidak bermain untuk Portugal pada perlawanan besar sejak Euro 2008.
Bagaimanapun, dia tetap gembira dan meraikannya dengan pasukannya setiap kali jaringan terhasil ketika menentang Switzerland.
Manakala penyokong pula bersorak namanya dan menggesa Santos untuk menggantikannya pada separuh masa kedua.
Sumber: Metro UK