Lelaki Disahkan Mati Rupanya Masih Hidup, Mati Semula Dua Hari Kemudian Akibat Hipotermia
Seorang lelaki di Brazil yang disahkan telah mati oleh hospital ditemui masih hidup dan bernafas di rumah pengebumian namun pada akhirnya meninggal dunia dua hari kemudian akibat hipotermia, lapor Daily Mail.
Lelaki yang bernama Jose Riberio itu telah dimasukkan ke hospital kerana menderita penyakit kanser lidah pada Februari lalu. Dia telah diisytiharkan mati secara salah oleh seorang doktor di Hospital Negeri Goiano Central-North, Goias pada 29 November lalu.
Lelaki berusia 62 tahun itu kemudiannya telah dimasukkan ke dalam beg mayat dan disimpan di dalam peti sejuk bilik mayat hospital selama lima jam sebelum dibawa ke rumah pengebumian.
Sampai sahaja di sana, seorang pekerja menyedari bahawa matanya terbuka dan dia sedang mengalami kesukaran bernafas.
“Keadaannya semakin teruk dan dia meninggal dunia dua hari kemudiannya,” kata kakak lelaki itu, Aparecida Riberio kepada media tempatan Brazil.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Doktor yang menandatangani sijil kematian Riberio telah digantung dan kini disiasat kerana cubaan membunuh.
Menurut Aparecia, pada hari Jose diisytiharkan meninggal secara salah, dia bersama keluarganya telah tiba di hospital sekitar jam 8 malam untuk membuat persiapan yang diperlukan bagi memindahkan jenazah.
Jarak dari hospital ke rumah pengebmian itu dikatakan sejauh 61 batu di kampung halaman mereka di Rialma.
Seorang perkeja di rumah pengebumian juga dikatakan sedang menyediakan mayat Jose dan secara tiba-tiba menyedari bahawa matanya sedang terbuka dan mengalami kesukaran bernafas.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Aparecida dan keluarganya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke rumah pengebumian sebelum bertindak membawa abangnya itu ke Hospital Perbandaran Rialma di mana dia disahkan meninggal dunia dua hari kemudiannya.
“Sungguh sukar untuk dipercayai apa yang berlaku. Abang saya menghabiskan lima jam di dalam beg plastik, sejuk. Ia amat mengerikan, keadaan itu tidak boleh diterima,” kata Aparecida lagi.
Timbalan Polis Awam Rialma, Peterson Amin berkata jabatannya telah menerima laporan polis daripada Aparecida berkenaan kes itu. Mereka kini sedang menyiasat kematian Jose sebagai pembunuhan.
“Punca kematian akibat hipotermia telah membuat doktor itu bertanggungjawab sepenuhnya, jadi kami akan menukar klasifikasi penyiasatan. Sebelum ini kes diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh, hari ini (Jumaat),ia adalah pembunuhan. Kerana kemungkinan ada niat jahat,” kata polis Peterson Amin.
Sumber: Daily Mail