Siakap Keli
Kredit: AsiaOne

Pelakon Drama “Reborn Rich” Song Joong Ki Pikat Peminat, Fasih Bahasa Inggeris

Pelakon Drama “Reborn Rich” Song Joong Ki Memikat Peminat Dengan Fasih Bahasa Inggeris

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Korea Selatan, Song Joong Ki iaitu pelakon berwajah kacak dan menjadi bualan menerusi drama Descendants of the Sun dan Vincenzo.

Pelakon berusia 37 tahun itu kini berada di Singapura untuk mempromosikan rancangan terbaharunya, siri Viu Original Reborn Rich dan membuat penampilan dalam sidang media yang diadakan di Resorts World Sentosa pada 7 Disember 2022.

Namun, keupayaan beliau untuk menjawab semua soalan dalam bahasa Inggeris telah menarik perhatian para peminatnya. Ini berikutan rata-rata selebiriti dari negara tersebut diketahui tidak begitu mahir dengan bahasa antarabangsa tersebut.

Walaupun ada kalanya dilihat bergantung kepada penterjemah untuk lebih memahami soalan yang diajukan oleh akhbar, dia tampaknya lebih selesa menjawab terus kepada media.

Menurut Mothership.sg ketika sidang media jejaka itu mempunyai tabiat memulakan ayat dengan frasa “Di atas Semua”, yang diulang lebih daripada 10 kali semasa sesi temubual itu.

Antara soalan yang diajukan kepada beliau adalah sama ada dia ingin dilahirkan semula seperti watak yang dibawanya, namun jawapan yang diberikan adalah tidak kerana pada pendapatnya, lahir dalam keluarga yang kaya raya belum tentu menjamin masa depan yang baik.

Oleh itu katanya, dia selesa untuk menjadi diri sendiri jika diberikan pilihan.

Kredit: MSNews

Selepas sidang media tamat, Joong ki membuat lencongan untuk menemui peminatnya untuk menandatangani autograf dan berjabat tangan. Rata-rata peminatnya telah menunggu di lokasi sejak 6:30 pagi untuk bertemu dengan bintang tersebut.

Sumber: Mothership.sg

Shafikah