Siakap Keli
Kredit: Whatsapp Blog

Rasmi, Pengguna Dah Boleh Buat Profil & “Sticker” Avatar Di Whatsapp Bermula Hari Ini

Rasmi, Pengguna Dah Boleh Buat Profil & “Sticker” Avatar Di Whatsapp Bermula Hari Ini

Pengguna Whatsapp kini boleh mengekspresikan emosi dan personaliti maya anda dengan lebih menyeronokkan apabila fitur avatar sudah ditawarkan di platform tersebut.

Dalam laporan Siakap Keli sebelum ini, Whatsapp pada peringkat awal dilapor  menguji fungsi baharu itu menerusi pengguna terpilih yang menyertai program Wahtsapp Beta sahaja.

Menerusi fitur terbaharu tersebut yang boleh diakses oleh semua pengguna secara meluas bermula hari ini, pengguna Whatsapp boleh menghasilkan salinan diri secara digital berdasarkan berbilion kombinasi yang ditawarkan oleh platform tersebut.

Kombinasi tersebut antaranya merangkumi gaya dandanan rambut, raut wajah dan pakaian.

Kredit: Whatsapp

Bukan itu sahaja, para pengguna juga boleh menggunakan avatarnya untuk dijadikan sebagai gambar profil atau memilih salah satu daripada 36 sticker buatan sendiri untuk menggambarkan pelbagai jenis emosi dan aksi.

Selain itu, avatar yang dihasilkan juga boleh dihantar atau dikongsi bersama kenalan chat seperti rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

Bagi mereka yang tidak gemar menghantar gambar sendiri di dalam chat bagi menunjukkan sesuatu reaksi atau emosi, avatar ini boleh digunakan sebagai ganti kepada diri sendiri.

Menerusi satu kenyataan, Whatsapp turut memaklumkan bahawa pelbagai penambahbaikan akan ditawarkan dalam kemas kini seterusnya seperti pengenalan elemen pencahayaan, bayang-bayang, tekstur rambut dan banyak lagi.

Whatsapp turut berharap pengguna dapat merasai keseronokan ketika mencuba fitur terbaharu tersebut dan berkongsi avatar kepada pengguna lain, bermula hari ini.

BACA: WhatsApp Bakal Keluarkan Fitur Avatar, Pengguna Boleh Tukar Gambar Profil Lagi Menarik

Sumber: Whatsapp Blog

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.