Siakap Keli
Gambar: FIFA

Stadium 974 Bakal Dirobohkan Lepas Tamat Kempen Piala Dunia Di Qatar

Stadium 974 Bakal Dirobohkan Lepas Tamat Kempen Piala Dunia Di Qatar

Salah satu stadium yang dibina untuk Piala Dunia Qatar 2022 dan menjadi tempat untuk tujuh perlawanan, Stadium 974, akan dirobohkan.

Terletak di kawasan tepi pelabuhan pantai Doha dan menyajikan pemandangan yang menakjubkan, stadium yang diperbuat daripada kontena dan berkapasiti 44,000 itu akan mula dirobohkan pada 18 Disember.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Selain daripada kod panggilan negara Qatar, stadium tersebut dinamakan sebagai Stadium 974 bersempena dengan jumlah kontena yang digunakan untuk membina tempat itu.

Gambar: Qatar2022

Struktur bangunannya yang unik dikatakan untuk memberi penghormatan kepada tradisi perdagangan dan pelayaran dunia yang telah sekian lama wujud di Qatar.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Bukan sahaja boleh digunakan semula selepas tamat perlawanan, Stadium 974 ini juga merupakan stadium pertama dunia yang boleh ditanggalkan sepenuhnya, menurut FIFA.

Memetik Lad Bible, stadium tersebut dibina di kawasan tepi pantai di Doha adalah untuk merasai angin sejuk yang bertiup dari Teluk Arab.

Namun, jika terdapat penonton yang berpeluh, ia disebabkan oleh kedudukan tempat duduk arena yang tidak mempunyai penghawa dingin kerana mempunyai pengudaraan semula jadi.

Gambar: Qatar2022

Selain itu, kaedah penggunaan air yang efisien di stadium dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 40 peratus berbanding pembangunan stadium konvensional.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Lebih hebat lagi, stadium berkenaan telah menerima penarafan lima bintang daripada Sistem Penilaian Kelestarian Global (GSAS) untuk reka bentuk dan pembinaannya.

Karim Elgendy, pakar kelestarian bandar dan iklim, yang bekerja sebagai perunding kejohanan itu juga turut memuji stadium tersebut kerana reka bentuknya yang lain daripada yang lain.

“Mereka bentuk untuk ditanggalkan adalah satu prinsip utama bangunan lestari, ia membolehkan pemulihan semula jadi tapak pembangunan atau penggunaan semula untuk fungsi lain,” katanya Karim.

Kontena-kontena yang ditanggalkan tersebut akan dihantar ke negara yang memerlukan infrastruktur.

Bagaimanapun, terdapat laporan yang mengatakan bahawa stadium tersebut bakal digunakan di Maldonado, Uruguay, untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 sekiranya bidaan untuk menjadi tuan rumah berjaya.

Sumber: LAD Bible

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.