Siakap Keli
eden hazard bersara
Gambar: AFP

Tersingkir Awal Piala Dunia, Eden Hazard Umum Bersara Dari Skuad Belgium

Eden Hazard Bintang Belgium Umum Bakal Bersara Daripada Bola Sepak Antarabangsa

Permain Belgium, Eden Hazard dalam satu hantaran facebook yang dibuat sebentar tadi telah mengumumkan persaraannya dari skuad kebangsaan. Pengumuman berkenaan dibuat beberapa hari selepas kempen penuh duka skuad Belgium yang terkandas di peringkat kumpulan dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022.

“Satu lagi lembaran bertukar hari ini. Terima kasih atas kasih sayang anda. Terima kasih atas sokongan anda yang tiada tandingan. Terima kasih atas semua kebahagiaan yang dikongsikan sejak 2008.

”Saya telah memutuskan untuk menamatkan kerjaya antarabangsa saya. Generasi seterusnya sudah bersedia. Saya akan merindui anda semua,” kata pemain tersebut menerusi Instagramnya.

Kredit: Eden Hazard/Instagram

Bintang bola sepak negara Belgium itu telah membuat 126 penampilan untuk negaranya antara 2008 dan 2022 yang mencatatkan 33 gol.

Persaraan pemain berusia 31 tahun itu menjadi petanda kepada berakhirnya ‘Generasi Emas’ Belgium yang dipenuhi pemain terkemuka dunia seperti Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Axel Witsel, Thibaut Courtois dan beberapa nama lain lagi.

Prestasi pemain berkenaan dilihat jatuh merudum dengan teruk selepas mengambil keputusan untuk berpindah daripada Chelsea ke Real Madrid sebelum ini. Beliau kerap kali tersisih daripada kesebelasan utama gergasi La Liga itu antaranya akibat kecederaan dan faktor kecergasan.

BACA: Tiada Siulan Nakal & Gangguan, Gadis Ke Piala Dunia Terkejut Qatar Lagi Selamat Dari Negaranya

Sumber: Goal, Eden Hazard via Instagram

Shafikah