Siakap Keli
Kredit: PA/ITV News

Tiada Siulan Nakal & Gangguan, Gadis Ke Piala Dunia Terkejut Qatar Lagi Selamat Dari Negaranya

Tiada Siulan Nakal & Gangguan, Gadis Ke Piala Dunia Terkejut Qatar Lagi Selamat Dari Negaranya

Piala Dunia yang berlangsung di Qatar mencuri perhatian banyak pihak berikutan penguatkuasaan beberapa peraturan dan undang-undang, yang dianggap melanggar tradisi penganjuran kejohanan tersebut selama ini.

Antaranya adalah langkah negara tersebut melarang penjualan minuman beralkohol di dalam stadium ketika perlawanan. Walaupun menerima kecaman di peringkat awal, namun langkah tersebut kini sudah diterima peminat bola sepak dari seluruh dunia dan merasakan pengenalan peraturan tersebut adalah tepat.

Terbaru, seorang peminat bola sepak wanita, Elli Molloson, 18, tahun mencuri tumpuan media seluruh dunia apabila dia merasakan Qatar lebih selamat untuk wanita menonton bola sepak berbanding negaranya, United Kingdom.

“Saya tidak fikir saya akan berasa selamat di sini. Saya bimbang jika saya menunjukkan kulit adakah saya akan ditangkap. Namun semua itu tidak berlaku sama sekali.

”Tiada siulan nakal, gangguan atau komen pelik yang biasa anda sebagai wanita terima ketika di England. Qatar sangat menakjubkan” katanya dalam satu wawancara.

Ellie merupakan peneraju kempen HerGameToo iaitu satu usaha mempromosi budaya dan ruang lebih selamat di stadium untuk penyokong bola sepak wanita dengan memerangi penderaan seksis dalam sukan.

HerGameToo turut berkempen untuk wanita dan kanak-kanak perempuan berasa yakin serta selamat ketika berkongsi pendapat mereka tentang bola sepak tanpa rasa takut terhadap penderaan seksis, baik ketika di  dalam mahupun di luar padang.

Katanya lagi, dia terbang ke Qatar bersama ayahnya bagi menyokong England, tetapi pengalaman berada di negara itu setakat ini adalah yang terbaik, malah lebih baik ketika menyokong di negaranya sendiri.

Selain Ellie, peminat bola sepak wanita dari seluruh dunia juga berpendapat bahawa mereka berasa kehadiran mereka dialu-alukan oleh Qatar selaku tuan rumah.

BACA: Ikut Gaya PM, Semua Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Hadir Mesyuarat Tak Pakai Tali Leher

Sumber: ITV News

Shafikah