Siakap Keli
Kredit: Twitter

Ikut Gaya PM, Semua Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Hadir Mesyuarat Tak Pakai Tali Leher

Satu Kabinet Ikut Stail Anwar Ibrahim, Tidak Mengenakan Tali Leher Sewaktu Mesyuarat

Menerusi foto yang dikongsikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Twitter, mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pagi ini kelihatan agak berbeza apabila semua jemaah menteri dilihat tidak mengenakan tali leher.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali juga turut kelihatan ialah tidak mengenakan tali leher seperti selalu.

Selain itu, semua menteri lelaki hanya memakai sut berwarna gelap dan dipadankan dengan kemeja yang berwarna cerah seperti yang dapat dilihat dalam foto tersebut.

Kredit: Twitter

Menurut Sinar Harian, ia merupakan imej Anwar Ibrahim sejak dari dahulu lagi dan beliau hanya akan mengenakan tali leher ketika situasi-situasi tertentu seperti, menghadap Yang di-Pertuan Agong dan sidang Parlimen.

“Sebenarnya bukan tali leher yang penting, tetapi paling utama bagi Anwar ialah sebuah kabinet itu benar-benar berfungsi dan beri tumpuan kepada rakyat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya sama ada imej tersebut adalah merupakan satu arahan yang dikeluarkan oleh PM ataupun tidak. Jawapan amat mengejutkan iaitu, tiada arahan mengenai gaya pemakaian tersebut sebaliknya semua anggota kabinet dilihat mahu menampilkan imej yang mirip dengan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Anwar kelihatan lebih selesa menyarungkan baju Melayu berwarna merah jambu lembut dan memakai capal pada hari pertamanya di Putrajaya sebagai seorang Perdana Menteri,

Pada keesokan harinya, beliau selesa menggayakan baju batik berwarna ungu di samping penjawat awam lain yang  lengkap mengenakan sepasang suit ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.

Bukan itu sahaja, beliau turut kekal dengan penampilan ringkas tidak memakai tali leher meskipun mengenakan sut pejabat ketika tampil di Kementerian Kewangan.

BACA: PM Anwar Mula Tugas Menteri Kewangan

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma