Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Terima Kunjungan Menteri Wakaf Mesir, Bincang Hal Ehwal Islam Dan Pendidikan

mesir
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Wakaf Mesir, Al ‘Allamah Sheikh Dr Usama al Sayyid al Azhari, bagi memperkukuh hubungan erat antara Malaysia dan Mesir.

Iklan

Anwar berkata, hubungan kedua dua negara telah lama terjalin berasaskan tradisi keilmuan, ukhuwah dan sikap saling menghormati.

Menurut beliau, Sheikh Dr Usama turut menyampaikan salam persahabatan daripada Presiden Mesir, Abdel Fattah al Sisi, selain merakamkan penghargaan atas sambutan mesra sempena lawatannya ke Malaysia pada 9 Oktober lalu.

Ujarnya, pertemuan itu turut membuka ruang kepada kedua dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai hal ehwal Islam serta pendidikan anak anak Malaysia yang sedang menuntut di Mesir.

Jelasnya, kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap perjalanan pendidikan mereka dengan harapan agar golongan itu kembali menyumbangkan kepakaran dan ilmu kepada masyarakat serta tanah air.

Beliau berkata, kerjasama erat antara Malaysia dan Mesir perlu terus diperkukuh, khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan ummah.

Tambahnya, beliau menghargai hubungan baik yang terus terjalin antara kedua dua negara dan berharap persahabatan itu dapat terus menjadi jambatan ilmu serta kerjasama yang membawa manfaat kepada rakyat Malaysia dan Mesir.

Intipati
  • Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Wakaf Mesir, Sheikh Dr Usama al Azhari.
  • Pertemuan itu membincangkan hal ehwal Islam dan pendidikan anak Malaysia di Mesir.
  • Anwar berkata kerjasama Malaysia-Mesir perlu diperkukuh dalam pendidikan dan pembangunan ummah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan