Siakap Keli
PM Anwar menteri kewangan
Kredit BERNAMA

PM Anwar Mula Tugas Menteri Kewangan

PM Anwar mula tugas Menteri Kewangan

PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan.

Beliau yang mengenakan sut serba biru tiba di perkarangan Kementerian Kewangan (MOF) pukul 7.58 pagi dan disambut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datin Rashidah Mohd Sies.

Anwar, 75, kemudiannya dilihat memasuki pejabat di aras 12 bagi menghadiri taklimat tertutup bersama pegawai MOF.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Anwar pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Pada 2 Dis lepas, Anwar mengumumkan barisan Kabinet kerajaan perpaduan meliputi dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka