Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Aksi Lagak Ngeri Makan Diri, Lelaki Cedera Parah Perut Dan Hati Tertusuk Pedang

Aksi Lagak Ngeri Makan Diri, Lelaki Cedera Parah Perut Dan Hati Tertusuk Pedang

Seorang legenda aksi lagak ngeri yang terkenal dengan trick telan pedang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan hatinya, lapor Daily Star.

Doktor pada awalnya menyangka bahawa Scott Nelson, yang juga dikenali sebagai Murrugun The Mystic tidak akan pulih daripada kecederaan yang dialaminya. Ia kerana, kecederaan tersebut telah menyebabkan sebahagian daripada paru-parunya terpaksa dikeluarkan.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Nelson telah dipanggil ke taman tema Six Flags of America di Woodmore, Marryland pada 31 Oktober untuk membuat persembahan ngerinya dan dilaporkan juga bahawa Nelson tidak mengalami kecederaan semasa persembahan tersebut.

“Ia bukan kemalangan semasa pertunjukan, tetapi kerana masalah kesihatan yang tidak berkaitan (yang menyebabkan Nelson dimasukkan ke hospital),” kata Josh Bowren, penerbit eksekutif Aaron Radatz Production, yang mengarahkan Nelson untuk muncul dalam pertunjukan tersebut.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Kredit Murrugun The Mystic/Facebook

Nelson, 59, berkata lima pedang telah terpotong keluar dari perutnya semasa latihan sedang dilakukan. Dia dikejarkan ke hospital berdekatan Washington DC dengan kecederaan serius tetapi tidak mengancam nyawa.

Halaman GoFundMe telah disediakan untuk menyokong Nelson dari segi kewangan ketika dia masih lagi menerima rawatan di hospital.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

“Seorang lelaki San Diego, Scott Nelson atau lebih dikenali sebagai Murrugun The Mystic (seorang pembuat aksi telan pedang, pelakon, dan penghibur) memerlukan bantuan anda semua,” tulis halaman tersebut.

“Dia berada di hospital DC selama lebih sebulan dan tidak boleh memakan makanan yang keras. Doktor terpaksa mengeluarkan sebahagian besar paru-parunya dan doktor tidak menyangka bahawa dia akan terselamat,” sambung tulisan di halaman berkenaan.

Gambar yang menunjukkan kecederaannya turut dikongsikan di media sosial, termasuk beberapa kesan luka dan jahitan pada badannya. Setakat ini, sebanyak RM 14,157 berjaya dikumpul bagi membantu Nelson.

Nelson sebelum ini menyebut dirinya sebagai “lelaki paling berbahaya dalam pertunjukan pedang”.

Sumber: Daily Star

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.