Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan US menemui seekor anjing di dalam sebuah beg galas yang dikesan secara tidak sengaja melalui imbasan di Lapangan Terbang Wilayah Dane Country (MSN) di Madison, Wisconsin pada Ahad, lapor USA Today.
Kejadian ini turut dikongsi oleh @TSA_GreatLakes di Twitter yang memuat naik gambar beg galas dalam satu bekas (tempat letak barang untuk diimbas) di bahagian keselamatan lapangan terbang.
Jurucakap TSA, Jessica Mayle mengesahkan bahawa anjing kecil itu merupakan kacukan Dashshund Chinhuahua, berada dalam keadaan sihat apabila ia keluar dari mesin imbasan itu.
Tambah Mayle, penumpang itu tidak tahu tentang protokol pemeriksaan untuk haiwan malah tidak memberitahu pegawai TSA sebelumnya.
“Selepas (anjing itu) dikesan oleh mesin imbasan itu, pegawai yang bertugas lantas menjelaskan proses yang betul kepada penumpang.
“Penumpang itu turut mengesahkan bahawa dia telah memaklumkan akan membawa haiwan peliharaannya (untuk terbang) ke syarikat penerbangan itu,” kata Mayle.

Menurut USA Today, agensi penerbangan itu memilih untuk berkongsi cerita tersebut sebagai peringatan kepada orang ramai yang inign mengembara dengan haiwan. Tambahan pula, haiwan tidak boleh dimasukkan ke mesin terowong imbasan tersebut.
Sementara itu, jurucakap TSA, Lisa Farbstein berkata bahawa anjing dan kucing boleh melalui lorong berasingan atau berjalan dengan penumpang melalui pengesan logam tersebut (imbasan untuk penumpang).
Malah, dasar setiap syarikat penerbangan untuk mengembara dengan haiwan juga berbeza, jadi anda perlu terdedah kepada polisi setiap syarikat penerbangan yang anda guna. Ada juga peraturan yang dikenakan kepada haiwan perliharaan tertentu.
Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama yang dikendalikan oleh TSA. Sebelum ini, seekor kucing ditemui dalam bagasi yang didaftarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York.
Sumber: USA Today