Siakap Keli
Gambar: Detik News

Gara-Gara Sakit Hati, Wanita Dilapor Tergamak Bunuh Abang Sendiri 

Gara-Gara Sakit Hati, Wanita Dilapor Tergamak Bunuh Abang Sendiri 

SIMALUNGUN – Seorang wanita dilaporkan nekad membunuh abang kandungnya kerana sakit hati selepas mangsa dipercayai telah mengugut dirinya.

Memetik laporan Detik News, pembunuhan itu berlaku pada Selasa sekitar jam 2.15 petang di Jalan Nenas Dusun II, Sarimatondang, daerah Simalungun.

Difahamkan, mangsa ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh anaknya yang berusia 30 tahun.

Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan bahawa pembunuhan terjadi disebabkan suspek berasa kesal dengan sikap abangnya.

Mangsa didakwa telah mengugut untuk membunuh suspek di sebuah hospital kerana telah merosakkan beg pakaian menantu mangsa yang baru sahaja pulang dari Bandung.

Bagaimanapun, konflik itu tidak berakhir di situ apabila suspek juga berasa amat marah apabila abangnya telah bertindak untuk meletakkan longgokan kayu api setinggi hampir dua meter tidak jauh dari rumahnya.

Ekoran kejadian itu, suspek telah memasang niat untuk membunuh abangnya sebelum bertindak membeli segulung tali plastik berwarna hijau.

Keesokan harinya, suspek telah pergi ke rumah mangsa dan bertindak mencekik leher mangsa.

Menurut polis, perbuatannya itu tidak terhenti di situ apabila dia mengambil tali yang berada dalam poket seluarnya dan mengikat tangan, kaki serta badan mangsa.

Kemudian, dia bertindak memukul muka dan dada mangsa berulang kali sehingga mangsa ditemui tidak sedarkan diri.

Pihak polis telah berjaya menahan suspek yang berumur 47 tahun di daerah Simalungun, Sumatera Utara.

“Skuad Jatanras Polis Simalungun telah berjaya menahan suspek,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Simalungun AKP, Rachmat Aribowo dalam sebuah kenyataan.

Sumber: Detik News

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.