Siakap Keli
adik bunuh abang
Gambar: Tribunnewswiki.com via Google

Adik Bunuh Abang, Berang Ditanya Kenapa Pinjam Motor Lama Sangat

Seorang remaja lelaki bertindak menikam abang kandung sendiri gara-gara berang ditegur kenapa pinjam motosikalnya terlalu lama, lapor Tribun News.

Menurut Tribun, kejadian menyayat hati itu berlaku di Kelurahan Batu Amapar di Jakarta Timur, Indonesia sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Mangsa, Bambang Febrianto, 38 tahun, maut di tempat kejadian akibat ditikam oleh adiknya, Danang yang baru berumur 19 tahun.

Merujuk Tribun, motif kejadian berlaku dipercayai disebabkan remaja berkenaan tidak berpuas hati selepas ditegur mangsa tentang motosikal.

Difahamkan, pada awalnya Danang meminjam motosikal milik mangsa, bagaimanapun dia menggunakan kenderaan tersebut terlalu lama.

Disebabkan terlalu lama, mangsa kemudian menegur adiknya itu tentang kenapa masih belum pulangkan lagi motosikalnya.

Akibat berang ditanya soalan sebegitu, Danang akhirnya tekad menikam mangsa di tempat kejadian.

Ketua penduduk, Abdul Aziz berkata, ibu mangsa menjerit meminta tolong daripada orang kampung selepas mendapati mangsa terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.

Jeritan tersebut turut mengejutkan jiran-jiran di sekitar mereka yang sedang bersiap untuk bersahur ketika itu.

Walau bagaimanpun, penduduk tempatan tidak berani untuk membantu kerana bimbang menjadi sasaran amukan remaja terbabit.

Menurut Abdul lagi, selepas kejadian itu, suspek dilihat sentiasa memegang pisau dalam genggamannya.

“Sewaktu polis tiba, pisau yang menikam mangsa sudah dicabut. Tapi saya tidak tahu siapa yang mencabutnya. Ibunya juga turut selamat ketika kejadian itu berlaku,” katanya.

Abdul yang juga saksi kes berani berada berhampiran dengan tempat kejadian selepas polis datang dan memberkas suspek.

Difahamkan, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Polis Kramat Jati untuk menjalani proses bedah siasat.

Suspek remaja terbabit telah ditahan atas tuduhan membunuh dengan ancaman, serta bakal dipenjara maksimum 15 tahun penjara jika disabit kesalahan.

Sumber: Tribunnews.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?