Lelaki Rakam Gambar Bawah Skirt Wanita Ditangkap, Mangsa Rupanya Lelaki Pakai Gaun
Seorang jurubank berusia 43 tahun didapati bersalah menggunakan telefonnya untuk merakam sekurang-kurangnya 387 gambar bawah skirt wanita.
Memetik Mothership, lelaki tersebut telah ditangkap ketika mengambil video bawah skirt di Marina Bay Sands, tetapi mangsa kemudiannya mendedahkan bahawa dia adalah seorang lelaki.
Pada 5 Disember, tertuduh dipenjara selama lapan bulan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghina kehormatan wanita dan satu pertuduhan gangguan seksual.
Tertuduh menggunakan telefonnya untuk merakam video bawah skirt wanita dari 19 Februari 2018 hingga 5 September 2019, tarikh dia ditangkap.
Sebelum menekan butang rekod, tertuduh dipercayai berdiri di belakang mangsanya di eskalator dan meletakkan telefonnya di bawah skirt mangsa.
Malah, dia juga dilaporkan turut merakam video wanita-wanita di sekitar tempat kerjanya di menara Marina One, serta di Pusat Kewangan Marina Bay dan di dalam MRT.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Antara mangsanya adalah termasuk dua orang rakan sekerjanya, lapor Mothership.
Tertuduh secara rahsia merakam mangsa sepanjang waktu bekerja, waktu makan tengah hari dan di stesen MRT semasa menemani mereka dalam perjalanan pulang dan mengumpul 273 video dua wanita ini sahaja.
Bagaimana boleh tertangkap
Pada 5 September 2019, tertuduh telah pergi ke MRT Bayfront untuk bertemu isterinya untuk makan malam di Marina Bay Sands.
Ketika menaiki eskalator, dia mengenal pasti mangsanya, tetapi tidak mengetahui bahawa mangsanya yang memakai gaun itu merupakan seorang lelaki.
Kemudian, dia berdiri di belakang mangsa dan merakam dua video bawah skirt mangsanya.
Tindakannya itu disedari oleh saksi yang mengekorinya dan terus menghubungi polis.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Selepas itu, polis tiba di tempat kejadian dan berjaya menahannya.
Saksi juga memberitahu mangsa mengenai gangguan tertuduh dan mangsa menyatakan bahawa dia telah merasa dicabuli dengan tindakan tersebut.
Pihak polis merampas dua telefon bimbit, komputer riba dan cakera keras milik tertuduh, kesemuanya didapati mengandungi video rakaman mangsa-mangsanya.
Pihak pendakwa raya memohon agar hukuman penjara 10 hingga 12 bulan bagi tindakan tertuduh, tetapi hukuman itu dikurangkan kepada lapan bulan.
Dokumen mahkamah menyatakan bahawa tertuduh telah mengkhianati kepercayaan terhadap rakan sekerjanya kerana telah 18 bulan dia melakukan perbuatannya itu.
Sumber: Mothership