Siakap Keli

3 KFC Snack Plate Untuk RM33 Kembali Lagi

KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER 2022 – Musim membeli-belah anda kali ini bakal menjadi sedap hingga  menjilat jari dengan promo 3 KFC Snack Plate untuk RM33 yang bakal berlangsung selama 3 hari daripada  12 – 14 Disember 2022, 10 pagi – 10 malam, hanya melalui KFC Self Collect di aplikasi KFC atau  www.KFC.com.my

Sememangya berbaloi, pelanggan bakal menikmati 3 x Snack Plate yang mengandungi sejumlah 6 x ayam  Original atau Hot & Spicy, 3 x Kentang Putar (4oz), 3 x Coleslaw (4oz), dan 3 x roti butterscotch.  

Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia berkata, “Kami sentiasa ingin menggembirakan  hari pelanggan dengan produk yang lazat, berkualiti tinggi, dan berbaloi, jadi jangan ketinggalan tawaran  promo 3 Snack Plate untuk RM33 ini! Kami berharap promo ini membawa memori gembira ketika dinikmati  bersama rakan dan keluarga anda.” 

Untuk membuat pembelian, pelanggan perlu mendaftar dan log masuk aplikasi KFC serba baharu atau  melalui www.KFC.com.my. Promo ini terhad kepada 2 pembelian 3 Snack Plate untuk RM33, bagi setiap  pelanggan berdaftar. Hanya boleh didapati di seluruh restoran KFC Self Collect kecuali Legoland/Mall of  Medini.  

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.