Siakap Keli
Gambar: Metro UK

79 Tahun Hidup Bersama, Pasangan Warga Emas Meninggal Dunia Meninggal Dunia Selang Beberapa Jam

79 Tahun Hidup Bersama, Pasangan Warga Emas Meninggal Dunia Meninggal Dunia Selang Beberapa Jam

Pasangan Suami Isteri Berusia 100 Tahun Meninggal Dunia Selang Beberapa Jam

Sepasang suami isteri berusia 100 tahun di Ohio, Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia 20 jam selepas 79 tahun usia perkahwinan, lapor Today.

Hubert Malicote meninggal dunia pada 30 November jam 9.15 malam, manakala isterinya, June Malicote menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.40 petang keesokan harinya.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Menurut anak perempuannya, Jo Malicote, kesihatan June mula merosot selama beberapa tahun dan Hubert mula jatuh sakit selepas isterinya dimasukkan ke pusat penjagaan.

Memetik Today, Jo berkata bahawa ayahnya melihat apa yang berlaku kepada ibunya. Bapanya tahu prognosis dan tidak akan membiarkan ibunya bersendirian dan pergi bersamanya.

Hubert yang bekerja di kedai kayu itu turut dimasukkan ke pusat jagaan dan ditempatkan di dalam bilik yang sama dengan June.

“Apabila ayah meninggal dunia, mereka saling berpegangan tangan, selang beberapa jam kemudian, June pula meninggal dunia,” kata Jo.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Jo juga mengatakan bahawa ibunya seperti tahu bahawa ayahnya sudah tiada.

“Kami membenarkan ibu untuk pergi bersama ayah. Kami berkumpul di biliknya dan berkata ‘ayah sedang menunggu’, dan saya tahu ibu mendengar kami,” jelas Jo.

Pada Jun lalu, Hubert memaklumkan kepada Today bahawa dia tidak dapat membayangkan bagaimana hidup tanpa June di sisinya.

Gambar: Metro UK

Pasangan tersebut bertemu di sebuah gereja ketika mereka berusia 19 tahun, dan kekal bahagia hingga akhir hayat mereka.

Sepanjang 79 tahun usia perkahwinan, mereka mendakwa tidak pernah bergaduh.

“Ia seperti jika kami tidak bersama, pasukan itu akan musnah,” jelas Hubert.

June menyambut hari ulang tahunnya yang ke-100 pada 13 Julai dan diikuti Hubert 10 hari kemudian.

Gambar: Metro UK

“Mereka mempunyai kehidupan yang indah,” kata Jo.

Jo berkata ia merupakan kehilangan yang besar untuk dia dan adik beradiknya, namun mereka tenang selepas mengetahui mereka memperoleh keabadian bersama.

Sumber: Today

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.