Siakap Keli
Gambar: chedetofficial via Nurhilmy Basiron

Diusahakan Oleh Geely, DRB-Hicom Perkenal Kereta Elektrik “Polestar 2”

Diusahakan Oleh Geely, DRB-Hicom Perkenal Kereta Elektrik “Polestar 2”

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi laman Twitter rasmi milik bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, DRB-Hicom pada hari ini telah memperkenalkan sebuah kereta elektrik pertama mereka ‘Polestar 2’.

Kenderaan itu merupakan sebuah kereta yang diusahakan oleh Geely sebuah syarikat, rakan usahasama PROTON.

“Saya difahamkan yang dengan sekali cas ianya boleh capai sehingga 400KM. Sekali cas mencukupi untuk guna kereta ini seperti biasa. Bagi cas semula pula hanya perlu kurang dari 2 jam untuk dapat 100% bekalan penuh.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Kredit Dr Mahathir Mohamad/Twitter

“Jika cas gunakan kuasa elektrik di rumah, ianya mengambil masa selama kurang lebih 7 jam. Tetapi sekarang ini tidak susah kerana sudah terdapat lebih 1000 stesyen di seluruh negara, tidak timbul masalah untuk mengecas kenderaan di mana sahaja,” tulis perkongsian tersebut.

Kredit Dr Mahathir Mohamad

Kereta itu didatangkan dengan rekaan yang amat canggih dan mempunyai tempat penyimpanan barang yang luas. Selain itu, rekabentuk dalaman kereta ini juga kemas dan bercirikan futuristik. Segala alat kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan hanya sentuhan sahaja.

Menurut perkongsian itu lagi, Dr Mahathir turut menjelaskan bahawa kini kebanyakan negara akan memberi insentif kepada pembeli kereta jenis elektrik. Justeru kereta jenis ini akan menjadi pilihan utama pada masa akan datang kerana tidak mencemarkan alam sekitar.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Kredit Dr Mahathir Mohamad/Twitter
Kredit Dr Mahathir Mohamad/Twitter

Namun begitu, walaupun kenderaan jenis ini tidak cemarkan udara, bekalan elektrik yang digunakan adalah datang daripada stesyen janakuasa. Stesyen janakuasa juga sebenarnya mencemarkan kualiti udara bagi alam sekitar.

“Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan. Sementara itu, untuk bersihkan iklim dalam bandar, kereta eletrik masih menjadi pilihan,” tulis perkongsian itu lagi yang memberi pandangan berkenaan pembuatan kereta di masa akan datang.

Tun juga turut berharap agar PROTON dapat memajukan projek sebegini supaya pada suatu hari nanti PROTON juga mampu mengeluarkan kereta elektrik mereka sendiri.

Sumber: Dr Mahathir Mohamad/Twitter

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.