Siakap Keli
Kredit Twitter

Gempar, Pemandu Lori Rakam Kereta Porsche Dipandu Lelaki Tanpa Kepala

Gempar, Pemandu Lori Rakam Kereta Porsche Dipandu Lelaki Tanpa Kepala

Satu kemalangan ngeri membabitkan seorang pemandu kereta Porsche telah terjadi di lebuh raya A14 di Jerman, lapor Poland Daily.

Pemandu lori yang menggunakan jalan tersebut telah berjaya merakamkan insiden di mana sebuah kereta Porsche yang terlibat kemalangan bergerak dipandu oleh seorang lelaki tanpa kepala.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Kemalangan itu dikatakan berlaku pada bulan November dan baru sekarang ianya tular berikutan video membabitkan kemalangan tersebut dikongsi meluas di media sosial Twitter.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.45 pagi Jumaat 18 November di lebuh raya A14 antara Halle dan Leipzig di tengah Jerman. Menurut polis, seperti yang dipetik oleh tag24.de, kejadian di persimpangan Halle-Peissen melibatkan pemandu Porsche Carrera Cabriolet telah hilang kawalan dan terbabas.

Kereta itu kemudiannya melanggar penghadang ditengah jalan dan seterusnya melambung dan terbabas sambil bergerak perlahan di sepanjang jalan.

Kredit Twitter

Pemandu kereta terbabit didakwa maut ditempat kejadian. Menurut dua video yang disiarkan dalam talian oleh pemandu lori Poland yang menyaksikan kemalangan itu, keadaan mangsa dilihat berada dalam keadaan ngeri di mana kepalanya sudah terputus.

Pemandu lori itu juga dilihat berusaha untuk menjauhkan sebarang kemungkinan bahaya kepada pengguna lebuh raya lain berikutan kereta Porsche itu masih bergerak.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Video kedua yang dikongsi telah disekat beberapa kali oleh Twitter memaparkan mayat mangsa yang ketiadaan kepala terbaring di tempat duduk pemandu.

Kredit Twitter

Polis Jerman menganggarkan kerugian keseluruhan dalam insiden itu sekitar RM 463,781. Pegawai sedang menyiasat keadaan sebenar kemalangan itu dan berikutan kejadian kemalangan tersebut, lebuh raya A14 terpaksa ditutup di kedua-dua arah.

Versi lain kejadian kemalangan itu dikatakan mangsa cuba untuk memotong sebuah trak pengangkutan bersama kenderaan pengiring di laluan kecemasan. Namun, keretanya didakwa telah hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan.

Saksi memberitahu bahawa mangsa mengalami cedera parah di kepala. Walau bagaimanapun, cerita ini masih belum disahkan secara rasmi oleh pegawai penyiasat.

Sumber: Poland Daily

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.