Jackie Chan Sahkan, Filem “Rush Hour 4” Sedang Dalam Pembikinan
Pelakon aksi terkenal Hong Kong, Jackie Chan mengesahkan bahawa filem Rush Hour 4 sedang dalam pembikinan, lapor IGN.
Tampil di Festival Filem Antarabangsa Laut Merah di Arab Saudi, bintang seni mempertahankan diri yang berusia 68 tahun itu mengesahkan bahawa proses penggambaran filem Rush Hour 4 sedang dijalankan, lapor Variety.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
“Kami sedang berbincang tentang Rush Hour 4 sekarang,” dedahnya.
Sequel Rush Hour yang akan datang dilaporkan telah dimulakan buat sementara waktu bersama Chris Tucker sejak dari 2018 lagi.
“Jackie sudah bersedia dan kami mahu melakukan ini supaya orang ramai tidak melupakannya,” katanya.
Pada masa yang sama, pengarah filem, Brett Ratner mendakwa bahawa dia akan meneruskan filem tersebut walaupun penerbit menyatakan sebaliknya.
Seorang Eksekutif Studio memaklumkan THR bahawa Brett sudah memberitahu orang ramai bahawa dia akan mengarahkan filem Rush Hour kerana itu satu-satunya jalan untuknya kembali.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Sementara itu, Jackie Chan memberitahu bahawa dia masih mengenangkan kembali filem tersebut.
“Saya mendapat panggilan telefon, Brett Ratner dan Chris Tucker menghubungi saya dari New York,” kata Jackie.
“Mereka gila. Filem kami memperoleh $70 juta (RM308 juta) pada minggu pertama ia ditayangkan, bagi saya, saya tidak tahu bagaimana ianya dikira,” kata Jackie lagi.
Rush Hour memperoleh $244 juta (RM1 bilion) di box office dan menyaksikan Jackie dan Tucker kembali untuk dua sequel, Rush Hour 2 dan Rush Hour 3.
Jackie berkata bahawa lakonannya lebih baik daripada pelakon yang lain bukan kerana dia benar-benar bagus, tetapi kerana dia menulis skrip yang sesuai untuk dirinya sendiri,” kata Jackie.
“Saya menggunakan sudut kamera untuk menjadikan lakonan aksi saya lebih baik. Kemudian apabila di rumah, saya akan menambah baik diri saya supaya lakonan saya menjadi lebih baik,” kata Jackie lagi
Meskipun kembali dalam Rush Hour 4, Jackie juga berjanji untuk membuat lebih banyak filem romantik dan beberapa filem aksi.
Sumber: IGN