Siakap Keli
Pencuri Gagal Bawa Lari iPhone
Gambar: Metro UK

“Mission Failed”, Pencuri Gagal Bawa Lari iPhone Terpaksa Tunduk Malu Pulangkan Pada Tuan Kedai

“Mission Failed”, Pencuri Gagal Bawa Lari iPhone Terpaksa Tunduk Malu Pulangkan Pada Tuan Kedai

Rancangan seorang lelaki untuk cuba mencuri dua buah iPhone dari sebuah kedai gagal membuahkan hasil selepas pintu keluar premis itu terkunci dan tidak dapat melarikan diri di West Yorkshire, lapor Metro UK.

Rakaman CCTV yang menunjukkan pencuri tersebut cuba untuk mencuri telefon yang bernilai £1,600 (RM8,700) tular di media sosial beberapa hari lepas.

Metro UK melaporkan, lelaki tersebut mencuri dari sebuah kedai The Phone Market di Dewsbury, West Yorkshire, pada pukul 4 petang.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Gambar: Metro UK

Rancangannya untuk mencuri dua buah iPhone itu gagal dan akhirnya dia terpaksa memulangkan telefon serta merayu kepada pemilik kedai untuk melepaskannya selepas pintu hadapan premis itu terkunci.

Pada mulanya lelaki yang memakai hoodie biru muda, jaket dan seluar hitam itu berpura-pura menjadi pelanggan sebelum nekad melarikan diri bersama dua buah iPhone.

Gambar: Metro UK

Namun, dia terpaksa berjalan semula ke kaunter dengan rasa malu dan memberitahu pekerja di kedai itu bahawa ‘rakannya di luar yang menyuruh saya melakukannya’ apabila pintu premis tersebut tidak dapat dibuka.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Pemilik kedai, Afzal Adam, 52, berkata dia memasang mekanisme pada pintunya yang berharga £250 (RM1,350) itu pada 2020.

Afzal berkata bahawa dia bimbang tidak dapat mengenal pasti sesiapa jika mereka mencuri dari kedainya dengan memakai topeng.

Gambar: Metro UK

“Dia akan melarikan diri dengan telefon berharga £1,600, jadi mekanisme itu sangat membantu,” kata Afzal.

Selepas kejadian itu, Afzal memaklumkan bahawa pemilik kedai lain juga mahu memasang mekanisme yang sama di premis mereka.

Dalam satu kenyataan di Instagram, The Phone Market berkata bahawa ia berharap dapat berhubung dengan pencuri terbabit, lapor Metro UK.

Mereka berpendapat bahawa pencuri tersebut mungkin salah seorang rakyat Britain yang mengalami krisis kos sara hidup, dengan harga barangan runcit, makanan, bahan api dan tenaga yang melambung tinggi.

“Kebanyakan daripada kita mengalami masa yang sukar pada masa ini, jadi jika anda tidak mempunyai makanan, sila datang ke kedai kami supaya kami dapat membantu,” kata The Phone Market dalam kenyataan itu.

“Kepada mereka yang bertanya mengapa kami tidak ‘belasah dia’, keganasan bukanlah jawapannya,” katanya lagi.

Sumber: Metro UK

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.