Nama-Nama Timbalan Menteri Bakal Diumum Malam Ini – PM
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberitahu bahawa beliau akan mengumumkan senarai nama Timbalan Menteri pada jam 8.15 malam ini.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau sewaktu ditanya oleh wartawan selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek bersama Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani Kampung Baru sebentar tadi.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Menurut beliau, pada petang ini beliau akan menghadap Yang di Pertuan Agong untuk menunjukkan senarai nama bagi calon Timbalan Menteri bagi menerajui Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
“Saya akan jumpa Yang di-Pertuan Agong petang ini dan akan umum nama Timbalan Menteri pada 8.15 malam,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Terdahulu, seramai 28 bilangan senarai Menteri telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar pada 2 Disember lalu. Pengumuman itu dibuat setelah mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong setelah senarai nama tersebut dipersembahkan dihadapan baginda.
Pengumuman yang dibuat Anwar itu juga telah menjadi sejarah terbaru Malaysia selepas dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dilantik buat pertama kalinya.
Sumber: BERNAMA