Siakap Keli
Kredit BERNAMA

UMNO Pecat Annuar Musa?

UMNO Pecat Annuar Musa?

Pada malam tadi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menjalankan mesyuarat mereka dan sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berkenaan intipati mesyuarat terbabit oleh UMNO.

Menurut laporan Sinar Harian, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah berkenaan pemecatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. Laporan itu dipetik oleh beberapa media berdasarkan sumber parti.

Berdasarkan sumber itu lagi, dua nama lain yang dipecat ialah Datin Seri Shamsiah Yasin yang merupakan Ketua Wanita UMNO Arau dan Datin Seri Fatimah Kassim, Ketua Wanita UMNO Maran.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Shamsiah merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Arau iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim manakala Fatimah Kassim pula merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib. Dalam PRU15 yang lalu, kedua-dua ahli Parlimen itu dikatakan telah bertanding atas tiket Perikatan Nasional.

Dalam laporan Sinar Harian pada semalam, tiga pemimpin UMNO telah dipecat keahlian mereka kerana memburukkan nama parti dan berkempen bagi pihak parti lain ketika PRU15 yang lalu.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memaklumkan perkara berkenaan selepas ditemui sejurus selesai menghadiri mesyuarat MKT tersebut di Menara Dato’ Onn.

Walau bagaimanapun, Mohd Puad tidak mendedahkan nama yang terlibat namun beliau sempat menjelaskan bahawa pemecatan tersebut melibatkan seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Sementara itu, Annuar Musa yang merupakan Ahli Parlimen Ketereh pada pagi tadi seperti memberikan gambaran awal bahawa dia antara nama yang terkait dengan pemecatan tersebut menerusi kemaskini Facebook miliknya.

Hantaran itu dipercayai ditujukan kepada UMNO dengan menulis bahawa kini beliau hanya mampu melihat sebuah rumah pusaka yang terbakar.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.