Bekas Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi Tamatkan Zaman Duda, Naik Pelamin Malam Ini
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya dan bakal mengadakan majlis bersanding pada malam ini, lapor Astro Awani.
Majlis persandingan bersama dengan wanita pilihan hatinya, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi bakal diadakan di hotel terkemuka di ibu negara sekitar jam 7.30 malam ini.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Dijangka beberapa tetamu VIP turut akan hadir, antaranya ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beberapa orang lagi pemimpin kanan negara.
Pada sebelum ini, telah tular gambar perkahwinan pasangan itu sejurus selepas akad nikah kedua pasangan tersebut yang berlangsung baru-baru ini.
Perkahwinan ini merupakan yang kedua bagi Wan Junaidi selepas kematian isteri pertamanya, Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah pada 27 Mei lalu.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Pada perkahwinannya yang terdahulu, Wan Junaidi telah dikurniakan dengan tiga cahaya mata perempuan.
Terdahulu, Wan Junaidi 77 tahun, telah mengundur diri dalam Pilihan Raya ke-15 bagi kerusi Parlimen Santubong dan memberi laluan tersebut kepada Datuk Seri Nancy Shukri.
Sumber: Astro Awani