Duit ‘Hangus’ Akibat Ketagih Judi, Wanita Nekad Gadai Diri Sendiri
Seorang wanita di India sanggup mempertaruhkan dirinya kepada tuan rumah sewanya kerana ketagihan melampau dalam berjudi, lapor Orissa Post.
Wanita itu menghabiskan duit yang dihantar oleh suaminya hanya untuk berjudi sedangkan suaminya sibuk bekerja di Rajasthan’s Jaipur.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Devkali di Nagar Kotwali, India. Wanita itu dikatakan ketagih permainan yang dinamakan sebagai Ludo. Dia kebiasaannya bermain permainan itu bersama tuan rumah sewanya setiap hari.
Namun pada minggu lepas, sewaktu kedua-duanya sedang bermain permainan itu sambil meletakkan pertaruhan, wanita itu telah bertindak mempertaruhkan dirinya sebagai ganti kerana telah kehabisan duit.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Wanita itu telah menghubungi suaminya dan menceritakan apa yang telah terjadi. Suaminya kemudian telah datang ke Pratapgraph dan memfailkan laporan kepada polis. Dia juga sempat memuat naik kejadian itu di media sosialnya sehingga menjadi tular.
Suami wanita itu mendakwa bahawa beliau pernah menyewa sebuah rumah di Devkali. Dia berhijrah ke Jaipur untuk bekerja pada enam bulan yang lalu dan dia juga sering memberikan duit kepada isterinya.
Namun duit itu hanya digunakan untuk berjudi, selepas duit yang dihantar sudah habis dia mula mempertaruhkan dirinya di dalam permainan judi tersebut.
“Saya cuba untuk membuat dia meninggalkan tuan rumah sewa itu, tetapi isteri saya masih tidak bersedia,” beritahu suami wanita itu apabila isterinya sudah mula tinggal bersama dengan tuan rumah sewa berkenaan.
Kes itu kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Kami sedang cuba mendapatkan suami wanita tersebut dan akan memulakan siasatan sejurus dapat menghubunginya,” kata seorang pegawai polis Subodh Gautam.
Sumber: Unsplash/Folu Eludire