Kezaliman dialami rakyat Palestin tidak boleh berlanjutan – Presiden China
RIYADH, 10 Dis (Bernama) — Presiden China Xi Jinping melahirkan rasa tidak puas hati dengan kezaliman yang dialami rakyat Palestin serta mengesahkan sokongan China terhadap negara Palestin yang merdeka.
“Tidak mungkin kezaliman yang dialami rakyat Palestin diteruskan,” kata presiden itu semasa merasmikan Sidang Kemuncak Riyadh-Teluk-China bagi Kerjasama dan Pembangunan di Arab Saudi pada Jumaat.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Xi menekankan keperluan agar Palestin diberi “keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” sambil berkata Beijing “menyokong penyelesaian dua negara dan penubuhan negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.”
Beliau menganggap sidang kemuncak itu sebagai “sejarah yang terlakar dalam hubungan Cina-Arab.”
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
“China dan Arab harus mengukuhkan perpaduan dan kerjasama serta membina komuniti demi masa depan yang lebih cerah,” katanya sambil mengalu-alukan penyertaan Arab dalam inisiatif keselamatan global.
Beliau turut menyuarakan minat untuk menjalin kerjasama dua hala dalam memperkukuh sektor pembangunan, kesihatan dan keselamatan makanan.
Xi tiba pada Rabu dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.
Kali terakhir beliau melawat negara itu pada 2016.
Sumber: BERNAMA