Lengkap Berihram, DJ Khaled Kongsi Video Tunai Ibadah Umrah Dengan Mike Tyson Di Mekah
Selebriti terkenal Hollywood, DJ Khaled bersama dengan lagenda sukan tinju iaitu Mike Tyson dilaporkan kini sedang berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah, lapor Geo News.
Perkara tersebut disahkan menerusi perkongsian yang dibuat melalui akaun Instagram rasmi DJ Khaled.
Dia turut memuat naik foto sedang memakai ihram untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama dengan Mike Tyson dan bapanya.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Mike Tyson dilaporkan telah memeluk Islam ketika dia di dalam penjara pada tahun 1992.
“Kami dalam perjalanan ke Mekah. Berkatilah saudara saya Mike Tyson dan bapanya. Lebih cinta, lebih berkat dan lebih hidup. ALLAH Maha Hebat!,” tulis DJ Khaled.
Selain itu, dia juga sempat berkongsikan sebuah video memaparkan dirinya bersama Mike Tyson sedang bertawaf mengelilingi Kaabah.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
“Saat saya berjalan di Mekah, air mata kegembiraan saya bercucuran. Sepanjang hidup saya, saya mahu pergi ke Mekah untuk berdoa dan mengucap syukur kepada ALLAH. Saya berdoa agar dunia dipenuhi dengan lebih banyak cinta, kehidupan, kedamaian, kegembiraan, kebahagiaan, kesihatan dan perlindungan kepada semua.
“ALLAH MAHA HEBAT!!! Sungguh indah untuk berada di sini. Berkatilah saudaraku Mike Tyson,” tulis hantaran video tersebut.
View this post on Instagram
Terdahulu pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas tular beberapa keping gambarnya mengenakan ihram dan berada di Tanah Suci Mekah dipercayai bagi melaksanakan ibadah umrah.
Didalam gambar dan video yang menjadi viral itu, beliau dilihat turut memakai pelitup muka dan diapit beberapa orang dipercayai pengawal peribadinya.
Sumber: DJ Khaled/Instagram