Presiden UFC, Dana White Sifatkan Sukan Bola Sepak Sebagai Sukan Paling Tak Berbakat Di Dunia
Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White mendakwa bahawa dia tidak tahan dan menyampah dengan video bola sepak yang sering muncul dan melabelkan sebagai ‘sukan paling tidak berbakat di dunia’.
Lelaki berusia 53 tahun itu membandingkan hoki dengan sukan paling tidak digemarinya iaitu bola sepak, yang kemudiannya merendahkan sukan tersebut dengan mengatakan ‘ada sebab kanak-kanak berusia tiga tahun’ boleh bermain.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
“Bola sepak? Saya menyampah dengan bola sepak, saya fikir ia adalah sukan yang paling kurang berbakat di dunia,” kata Dana kepada wartawan.
Memetik Daily Mail, White kemudian dicelah oleh seseorang yang mencadangkannya untuk tidak menyatakan pendapatnya itu ketika di Brazil.

Namun begitu, Dana berkata “Kawan, saya katakan ini di setiap negara. Apabila kamu bermain permainan di mana jaringannya begitu besar dan skor 3-1, adakah anda akan membantah saya sekarang?,” soal Dana.
“Sekarang dalam hoki, anda mempunyai pemain, bukan? dengan kayu hoki, di mana mereka memukul bola ke dalam jaring yang sama saiz dengan penjaga gol, ok? itulah sukan di mana skor sepatutnya 3-1,” kata Dana.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Walaupun sesetengah mungkin bersetuju dengan keputusan Presiden UFC itu, ramai warga Amerika mengatakan sebaliknya.
Ketika Piala Dunia Qatar 2022 berlangsung, USA tewas 3-1 kepada Belanda pada pusingan 16, seramai 12.2 juta penonton yang menonton perlawanan tersebut di Fox, lapor Daily Mail.

Dalam pada itu, bekas Presiden ESPN, John Skipper yang kini CEO Meadowlark Media memberitahu Associated Press bahawa bola sepak menjadi sukan yang membingungkan untuk diikuti di televisyen.
Dia mengatakan bahawa ramai penonton lebih tertarik dengan Liga Perdana, Bundesliga Jerman, Liga Sepanyol dan sebagainya berbanding Major League Soccer.
“Boleh tak anda bayangkan bola keranjang Eropah agak lebih popular daripada NBA? Kami sebagai orang Amerika berfikir bahawa kami adalah pemimpin dunia dalam sukan yang kami sukai, di sini kami bukan pemimpin dunia,” kata Skipper.
Bola sepak Amerika hanya dilihat oleh sebahagian kecil daripada penonton NFL, yang mengatakan purata sebanyak 17.1 juta di televisyen dan media digital untuk musim biasa tahun 2021 dan menarik 42.1 juta sahaja untuk perlawanan New York Giants menentang Dallas Cowboys pada Hari Kesyukuran.

Purata 1.6 juta penonton menonton perlawanan musim biasa NBA merentas ABC, ESPN dan TNT pada 2021 dan 2022.
Dalam sukan besbol, Houston Astros telah memenangi enam perlawanan Siri Dunia ke atas Pihadelphia Phillies, ditonton oleh seramai 11.8 juta penonton.
Sumber: Daily Mail