Siakap Keli
Gambar: Medium

Selepas 65 Tahun, Polis Akhirnya Berjaya Rungkai Identiti Mayat Misteri Dikenali Sebagai “Boy In The Box”

Selepas 65 Tahun, Polis Akhirnya Berjaya Rungkai Identiti Mayat Misteri Dikenali Sebagai “Boy In The Box”

Identiti Mayat budak lelaki yang dikenali sebagai “Boy in the Box” yang ditemui mati dalam sebuah kotak di Philadelphia, Amerika Syarikat 65 tahun lalu telah berjaya dikenal pasti oleh pihak polis Khamis lepas, lapor CNN.

Pihak Polis mengatakan bahawa ia adalah satu pembunuhan tertua yang tidak dapat diselesaikan di bandar Philadelphia.

Pengenalpastian identiti yang dibuat adalah melalui analisis DNA, kes penyiasatan terbesar dalam beberapa dekad yang bermula sejak akhir Februari 1957.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Pesuruhjaya Polis Philadelphia, Danielle Outlaw berkata mayat tersebut ditemui dalam keadaan berbalut dengan selimut di dalam kotak kadbod.

Outlaw mengatakan bahawa kes tersebut telah menarik minat ramai orang, namun tiada siapa yang pernah tampil untuk mengaku mayat tersebut sebagai anak mereka.

Sehingga kini, identitinya kekal misteri walaupun banyak percubaan untuk mengenal pasti mayat itu mengambil masa selama bertahun-tahun.

Namun begitu, segalanya berubah apabila polis mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mengenal pasti mayat budak lelaki tersebut sebagai Joseph Augustus Zarelli melalui kerja siastan dan bantuan dari ahli genealogi genetik.

Gambar: National Center for Missing and Exploited Children via CNN

“Selama 65 tahun, kisah Kanak-Kanak Amerika Tidak Dikenali telah menghantui kami, walaupun fakta mengenai identiti kanak-kanak dan tuntutan yang sah terhadap kewujudannya telah direkodkan, dia tidak pernah dilupakan,” kata Outlaw dalam satu sidang akhbar.

Memetik CNN, Outlaw telah memuji pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut sehingga ada daripada anggota polis yang sudah meninggal dunia.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Pihak polis berharap teknik yang digunakan untuk mengenal pasti mayat selepas bertahun-tahun dapat membantu mereka dalam kes-kes lama yang lain dan juga akan datang.

“Kejayaan itu membawa harapan bahawa tidak akan ada lagi mangsa pembunuhan yang tidak dikenali di Kota Philadelphia,” kata Outlaw.

Gambar: CNN

Bagaimanapun, siasatan terhadap siapa yang bertanggungjawab atas kematiannya masih diteruskan.

“Kami mempunyai beberapa suspek yang mungkin bertanggungjawab, tetapi adalah tidak bertanggungjawab bagi saya untuk berkongsi suspek ini kerana ia masih lagi dalam siasatan,” kata Kapten Jason Smith dari Unit Pembunuhan Polis Philadelphia.

Jason berharap berita tentang ID itu mendorong orang ramai, dia juga mengakui bahawa kes berkenaan menyukarkan penyiasat untuk membuat kerja-kerja siasatan.

“Kami mungkin tidak membuat tangkapan, pengecaman (pembunuh), tetapi kami akan cuba melakukan yang terbaik.

Mengenal pasti ‘Kanak-Kanak Amerika Yang Tidak Dikenali’

Pada 25 Februari 1957, mayat budak lelaki itu ditemui di dalam sebuah kotak berhampiran Jalan Susquehanna, di kawasan hutan di timur laut Philadelphia.

Outlaw memaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan telah mengalami penderaan yang teruk yang tidak pernah dialami oleh sesiapa.

Menurut Jason, dia telah dipukul teruk dan beberapa kesan lebam kelihatan di badannya serta rambutnya telah dipotong kasar hingga menampakkan kulit kepalanya.

“Hasil bedah siasat mengesahkan kanak-kanak tersebut berumur antara 4 dan 6 tahun serta mendapati dia mengalami banyak kesan melecet, lebam, pendarahan subdural dan efusi pluera,” kata Jason.

Gambar: New York Post

Kes pembunuhan kejam itu menarik minat orang awam dan pihak polis menerima dan menyiasat ratusan kawasan tempatan dan seluruh negara.

“Walau bagaimanapun, siasatan tersebut tidak membawa mereka untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak tersebut,” kata Jason.

Jason berkata ia menjadi kes pembunuhan yang amat sukar untuk diselesaikan dan membawa pembunuh ke muka pengadilan ketika mangsa masih lagi tidak dikenali.

Dr. Constance D’Angelo, Ketua Pemeriksa Perubatan, menjelaskan walaupun DNA ditemui pada 1800-an, teknologi tidak maju menjelang 1950-an.

Sebaliknya, pengenalan visual adalah kaedah utama untuk mengenal pasti orang. Oleh itu, pihak berkuasa meletakkan gambar kanak-kanak itu di dalam akhbar dan poster di sekitar bandar.

Namun, tiada sebarang kejayaan dalam kes itu.

Mayat budak lelaki tersebut pada asalnya dikebumikan di Philadelphia sehingga 1998 sebelum kemudiannya dikebumikan semula di tanah perkuburan Ivy Hill dan di batu nisannya tertulis “America’s Unknown Child.”

Gambar: Independent

Pada 2019, polis menggali semula mayat itu apabila dimanfaatkan dengan menggunakan teknik forensik yang lebih moden.

Menurut Jason, keputusan ujian DNA kali ini telah dimuat naik ke pangkalan data DNA serta dengan bantuan ahli genealogi genetik di Identifinders International.

Para penyiasat dapat mengenal pasti ibu kandung kanak-kanak lelaki tersebut dan mendapatkan rekod kelahirannya, yang turut menyenaraikan nama bapanya.

Polis enggan mengenal pasti ibu bapa kanak-kanak itu, tetapi Jason berkata kedua-duanya sudah meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut mempunyai adik-beradik yang masih hidup.

Presiden Identifinders International, Dr. Colleen Fitzpatrick berkata kes itu merupakan yang paling mencabar sepanjang kerjayanya, sebahagiannya disebabkan tahap DNA telah merosot.

Penemuan itu bermakna bahawa kita boleh pergi ke hadapan untuk mengenal pasti begitu ramai orang yang anda fikir hilang untuk selamanya,” kata Dr. Colleen kepada CNN.

Sementara itu, sebuah kelab penyelesaian jenayah Philadephia, Vidocq Society sedang menyediakan batu nisan yang baru kerana akhirnya boleh meletakkan nama kanak-kanak itu di kuburnya.

“Joseph Augustus Zarelli tidak lagi menjadi budak lelaki dalam kotak,” kata Bill Flecther dari Vidocq Society.

Sumber: CNN

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.