Umur Bukan Penghalang, Pemuda 18 Tahun Dilantik Jadi Datuk Bandar Di Amerika Syarikat
Umur bukan penghalang untuk seseorang individu berjaya dalam kehidupan dan mencapai sesuatu yang diimpikan. Itulah yang telah dicapai oleh seorang permuda di Arkansas, Amerika Syarikat yang terpilih menjadi Datuk Bandar pada usia 18 tahun.
Jaylen Smith, 18 telah terpilih menjadi Datuk Bandar di negara itu dan sekaligus menjadi remaja kulit hitam yang termuda dipilih untuk memegang jawatan tersebut.
“Ibu saya tidak berhenti menangis di atas kejayaan saya,” katanya kepada The Washington Post pada hari Rabu.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Pada selasa, dia telah diundi untuk memimpin bandar Earle dan kini bersedia untuk memimpin bandar tersebut yang memiliki kira-kira 1,800 penduduk.
Walaupun orang ramai di sekitar bandar sering memberitahu Smith bahawa dia terlalu muda untuk jawatan tersebut tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan impiannya.
“Saya menggunakan segala keraguan itu untuk memotivasikan saya untuk maju.
“Anda perlu bermula di suatu tempat dan benar-benar melakukannya,” kata Smith. “Saya tidak mahu ketika berumur 30 atau 40 untuk memegang jawatan tersebut,” ujarnya.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Selain itu, Smith berkata dia memenangi hati pengundi muda yang menginginkan perubahan dengan menghabiskan tiga tahun sebagai presiden kerajaan pelajar Earle High School, di mana dia telah berunding dengan penjual kafeteria untuk membuat pembaharuan di kafe itu.
“Saya bekerja dari semasa ke semasa untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan,” katanya.
Menurut pejabat kerani, Crittenden County Smith telah memenangi 235 undian dengan menewaskan lawannya Nemi Matthews Sr yang memperolehi 183 undi. Dalam satu ciapan, Matthews di Facebook turut mengucapkan tahniah kepada Smith di atas kejayaannya.
Beliau juga merancang untuk menyambung pelajarannya di Arkansas State University Mid-South dan menjadi seorang pendakwaraya suatu hari nanti.
Sumber: The Washington Post