Mungkin Ramai Tak Tahu, Doktor Ini Kongsi Kaedah Rawat Panau Di Badan
Panau merupakan antara penyakit kulit yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan boleh menjangkiti semua peringkat umur tidak kira usia tua mahupun muda.
Turut dikenali dengan nama saintifik, tinea versicolor, penyakit panau ini biasanya terjadi akibat jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit yang berpunca daripada kulat jenis Malassezia.
Selain di bahagian muka, ia juga boleh didapati di mana-mana bahagian kulit yang mampu menghasilkan minyak yang banyak seperti kulit kepala, leher, dada, belakang badan serta beberapa bahagian lain.
Panau ini juga kebiasaannya akan menimbulkan tompok-tompok pucat yang berwarna putih, namun warna tompok ini juga bergantung kepada warna kulit individu itu sendiri.
Namun, adakah anda tahu bahawa penyakit panau ini sebenarnya boleh dirawat?
Bercakap mengenainya, seorang telah berkongsikan cara untuk menghilangkan panau di laman Facebook miliknya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, mari sama-sama baca cara yang dikongsi pakar dermatologi, Dr Lyana Kamal di bawah ini.
TIPS BERKESAN RAWATAN PANAU-NAU-NAU!
Hello orang ramai!
Baru-baru ni kita ada cakap tentang penyakit kulit kulat kan? Salah satunya panau which is SAAAAANGAT common. Now, let’s touch on the more interesting part, the TREATMENT! Macam saya sebut sebelum ni, panau boleh dirawat. So sayang kalau biarkan macam tu saja.
Ok joms!
1. Selalunya rawatan no 1 adalah ubat sapu. Sebaiknya cari ubat lawan kulat dari group -azole. Contohnya miconazole, clotrimazole. Sapu 1 – 2 x sehari, selama 2 minggu. Boleh lajak sehingga 4 minggu especially untuk pesakit yang respon slow sedikit.
2. Tolong pakai shampoo untuk bunuh kulat panau pada kulit. Contohnya ketoconazole 2%, selenium sulfide 2.5% atau zinc pyrithione 1% / 2%. Kalau pergi farmasi, sebut saja ni, in sha Allah pharmacist akan tahu.
Cara pakai? Gunakan sebagai pengganti sabun 1x sehari. Sapu di kawasan terlibat dan sekeliling selama 5 – 10 minit, kemudian bilas dengan air.
Bergantung kepada tahap keterukkan panau, jika sedikit sahaja, pakai 2 -3 x seminggu sudah memadai. Jika sangat teruk, boleh cuba 1x sehari. Lepas seminggu, boleh turun jadi 2 – 3 x sehari dan kemudian 1x/seminggu untuk 6 minggu. Ini untuk kurangkan panau dari datang semula.
3. Ubat makan kita hanya berikan sekiranya panau itu meliputi sebahagian besar badan. Ataupun panau yang degil. Berkali-kali hilang datang semula hilang datang semula. Ubat makan pun sama, seeloknya dari group azole. Kalau dari group terbinafine atau griseofulvin, kurang berkesan. Nak ambil ubat makan, kena jumpa doktor dulu ok.
4. Of course kena elakkan cuaca yang terlalu panas/peluh. Sebab semua tahu kulat suka peluh, lembab dan panas. So kalau pergi sukan or balik sekolah berpeluh, cepat-cepat mandi.
5. Elakkan sapu minyak pada badan. Sapuan minyak ada terbukti dalam kajian boleh mendorong panau berlaku. So tak perlulah jadi orang minyak k hehe.
6. Perlu diingat panau tidak berjangkit. So kalau suami ada panau, jangan suruh dia tidur dekat sofa. Kesian dia.
7. Tanda mengatakan panau berjaya dirawat bukan apabila warna kembali normal ya. Ia bila sisik tu sudah tiada. Warna putih pada kulit tu ambil masa untuk hilang. Sometimes boleh sampai berbulan-bulan.
Sebabnya, kuman Malassezie dalam panau ni mengeluarkan sejenis acid (azelaic acid) yang menahan sel pigment dalam kulit (melanocyte) untuk mengeluarkan warna. So, kena sabar sedikit ya.
8. Jika sudah dirawat seperti di atas, tetapi masih ada. Sila datang jumpa doktor again. Mungkin diagnosisnya bukan panau. Atau mungkin kena check penyakit lain yang menyebabkan imun system yang rendah, menjadikannya badan susah untuk melawan kuman.
Ok that’s all for panau! I really hope it helps sebab ramai orang ada panau. Babai!
Ref : Guidelines of care for superficial mycotic infections of the skin: Pityriasis (tinea) versicolor. Guidelines/Outcomes Committee. American Academy of Dermatology.