FIFA Siasat Insiden Kekecohan Babitkan Argentina & Belanda, Messi Berdepan Penggantungan
Perlawanan peringkat suku akhir Piala Dunia antara Belanda dan Argentina telah menjadi perlawanan yang dipenuhi dengan pertengkaran, lisan mahupun fizikal bagi kedua-dua pasukan, lapor Marca.
Pengadil dari Sepanyol, Antonio Mateu Lahoz telah dikritik hebat oleh pemain bola sepak antaranya Emi Martinez dan Lionel Messi, selepas menjadi pengadil dalam perlawanan pada pertemuan tersebut.
Terdapat begitu banyak kekacauan dalam perlawanan tersebut sehinggakan Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuka prosiding terhadap persatuan Bola Sepak Argentina selepas analisis di atas padang dibuat.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
FIFA dilaporkan akan melakukan siasatan berikutan kemungkinan pelanggaran dalam artikel 12 dan 16 yang melibatkan salah laku pemain dan pegawai serta perintah keselamatan pada perlawanan menerusi Kod Tatatertib FIFA semasa perlawanan pada Jumaat lalu.
Tindakan itu dibuat bagi melihat kebarangkalian terdapat mana-mana pihak yang bersalah dan apakah hukuman yang akan dikenakan jika mereka didapati melakukan perkara tersebut.
Selain itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA juga telah membuka prosiding mereka terhadap Persatuan Bola Sepak Belanda atas kemungkinan pelanggaran artikel 12 bagi kesalahan Kod Tatatertib FIFA dalam perlawanan yang sama.
Berikutan dengan prosiding yang dibuat oleh FIFA, Messi dilihat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataannya.
Dalam komennya sebelum ini terhadap Mateu Lahoz, Messi jelas tahu bahawa tindakannya itu boleh dihukum.
“Saya tidak mahu bercakap tentang pengadil kerana nanti mereka akan menyekat kami, tetapi kami takut sebelum perlawanan bermula kerana kami tahu apa yang akan berlaku (dengan Mateu Lahoz),” kata Messi.
Sumber: Marca