Siakap Keli
Dr Zaliha Ulas Inisiatif Tuala Wanita
Kredit BERNAMA

“Nampak Kecil, Tapi Boleh Beri Impak Besar,” Dr Zaliha Ulas Inisiatif Tuala Wanita Di Pejabat KKM

“Nampak Kecil, Tapi Boleh Beri Impak Besar,” Dr Zaliha Ulas Inisiatif Tuala Wanita Di Pejabat KKM

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada hari ini menjawab kekeliruan persoalan berkenaan isu pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Persoalan berkenaan kekeliruan inisiatif itu dibuat oleh beliau menerusi muat naik ciapan terbarunya di akaun rasmi Twitter miliknya.

Menurut Dr Zaliha, beliau mengambil maklum berkenaan kekeliruan tersebut dan seterusnya berterima kasih kepada orang ramai yang memberi pandangan mereka berkenaan kenyataan yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

Saya mengambil maklum diatas kekeliruan dan berterima kasih di atas pandangan orang ramai mengenai kenyataan saya yang menyentuh pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat KKM,” tulis beliau di Twitter.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Selain itu, Dr Zaliha Mustafa juga menjelaskan bahawa inisiatif yang bakal dimulakan di Ibu Pejabat KKM adalah sebagai aspek pengoperasian serta maklum balas yang segera.

Saya ingin perjelaskan bahawa inisiatif yang hendak dimulakan di Ibu Pejabat KKM adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklumbalas segera.

“Sekiranya berjaya, saya lihat ia boleh diperluaskan ke fasiliti-fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam.” tulisnya lagi. 

Jelasnya, inisiatif tersebut mungkin nampak seperti kecil tetapi ianya sebenarnya boleh memberikan impak yang besar bagi menangani isu kemiskinan haid.

Ianya juga sangat bertepatan dengan masalah kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita.

Terdahulu, kenyataan Dr Zaliha yang mengumumkan pemberian inisiatif tuala wanita itu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna sosial media.

Sumber: Dr Zaliha Mustafa

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.