Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Virus Covid-19 & Vaksin Covid-19 Berisiko Cetus Gangguan Sistem Saraf Autonomi – Kajian

Virus Covid-19 & Vaksin Covid-19 Berisiko Cetus Gangguan Sistem Saraf Autonomi – Kajian

Satu penyelidikan yang diterbitkan pada Isnin lalu telah mengesahkan bahawa terdapat perkaitan antara jangkitan Covid dan keadaan jantung yang lemah atau dipanggil POTS terhadap mereka yang dijangkiti dengan Covid dalam tempoh lama.

Berdasarkan NBC News, penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Nature Cardiovascular Research adalah sejajar dengan laporan awal daripada pakar perubatan yang mendakwa bahawa Covid mungkin mencetuskan masalah POTS tersebut.

POTS melibatkan gangguan sistem saraf autonomi yang sering dicirikan sebagai degupan jantung yang cepat, tekanan darah rendah, pengsan dan pening.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Pakar perubatan sering gagal mengenali keadaan itu, kerana ia boleh dikelirukan dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain, termasuk “anxiety” dan dehidrasi.

Ramai pesakit menghabiskan masa bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan diagnosis yang tepat berkenaan keadaan tersebut.

Kata ketua pengarang kajian Dr Alan Kwan, pakar kardiologi di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, salah satu penemuan awal dengan ‘long Covid’ ialah ianya dikaitkan dengan POTS dan penyelidikan baharu ini berdasarkan penemuan tersebut.

“Mesej utama disini adalah walaupun kami melihat potensi hubungan antara vaksinasi Covid-19 dan POTS, mencegah Covid-19 melalui vaksinasi masih merupakan cara terbaik untuk mengurangkan risiko seseorang mengalami POTS,” kata Dr Alan Kwan.

Bagaimanapun, kajian itu masih mempunyai batasan, termasuk keputusan berdasarkan data pesakit dari satu sistem kesihatan. Beliau juga berkata bahawa hubungan antara POTS dan vaksinasi Covid perlu disahkan dengan kajian yang lebih lanjut.

Penyelidik telah menganalisi data hampir 300,000 pesakit dari Sistem Kesihatan Cedars-Sinai di Los Angeles Country dari 2020 hingga 2022. Sama ada mereka yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos Vaksin Covid atau mempunyai kes Covid yang disahkan.

Sebilangan mereka yang terlibat dalam kajian itu telah mendapat vaksin mRNA- sama ada daripada Pfizer, BioNTech atau Moderna.

Sumber: NBC News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.