Siakap Keli
Tips Mudah Simpan Duit Walau Gaji Kecil
Kredit BERNAMA

Gaji RM1,500 Pun Boleh Simpan, Pakar Kewangan Ini Ajar Tips Mudah Simpan Duit Walau Gaji Kecil

Gaji RM1,500 Pun Boleh Simpan, Pakar Kewangan Ini Ajar Tips Mudah Simpan Duit Walau Gaji Kecil

Semasa zaman inflasi ini kita sebagai pengguna harus pandai menguruskan kewangan kita. Elakkan daripada berbelanja dengan boros dan buat simpanan hasil daripada gaji yang diperolehi. 

Walaupun dapat menyimpan dengan sikit, sekurangnya bila dalam keadaan terdesak dan memerlukan, anda masih terdapat sedikit duit untuk dibelanjakan. 

Persoalannya, macam mana nak simpan kalau gaji sikit?

Untuk mengetahui berkenaan perkara itu, ikuti perkongsian yang dibuat oleh seorang pakar kewangan ini Dr. Adam Zubir tentang bagaimana cara untuk menyimpan walaupun dengan gaji sebanyak RM 1,500 sahaja sebulan. 

Menurut perkongsian di YouTube beliau, anda yang mula mahu membuat simpanan boleh menggunakan teknik tiga bank. 

Teknik tiga bank

Apa itu teknik tiga bank? Teknik tiga bank ialah satu cara yang memerlukan anda untuk mempunyai tiga jenis akaun bank yang berbeza. Setiap bank ini akan mempunyai kegunaan yang berbeza. 

Bank yang pertama ialah bank keperluan di mana untuk gaji anda masuk dan ianya juga digunakan untuk keperluan harian anda. Sebagai contoh duit untuk, membeli makanan, bayar kereta, bagi duit dekat mak ayah, sewa rumah dan macam-macam lagi.

Seterusnya sebahagian daripada gaji anda akan dimasukkan ke dalam bank yang kedua dan ketiga. Bank yang kedua pula dinamakan sebagai ‘bank entertainment’. 

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Bank Entertainment” ialah untuk kegunaan anda berjoli atau berhibur. Duit yang dimasukkan ke dalam bank ini boleh digunakan untuk anda pergi makan, tengok wayang dan berhibur. 

Bank yang ketiga pula dinamakan sebagai bank ‘investment atau saving’. Setelah seronok berhibur dan menggunakan duit di akaun hiburan kenalah juga membuat simpanan atau pelaburan. 

Berapa peratus perlu dibahagikan antara ketiga-tiga bank tersebut?

Menurut Dr Adam Zubir, sebagai contoh gaji anda sebanyak RM1,500 masuk ke dalam akaun “bank keperluan”. Apa yang perlu anda lakukan ialah terus agihkan duit tersebut ke dalam akaun “bank hiburan” dan akaun “bank simpanan”. 

Beliau mencadangkan untuk membuat agihan sebanyak 10 peratus ke dalam akaun “bank hiburan” dan “bank simpanan”. Anggaran sebanyak RM 150 dari gaji anda dimasukkan ke dalam dua akaun tersebut. 

Katanya lagi, jika tidak dapat membuat agihan sebanyak 10 peratus seperti yang dicadangkan. Anda juga boleh membuat agihan tersebut mengikut keperluan anda walaupun hanya sedikit. 

Duit di dalam akaun “bank hiburan” anda boleh habiskan sehingga habis, namun duit yang dimasukkan ke dalam “bank simpanan” jangan sesekali anda gunakan melainkan untuk pelaburan. 

Sumber: Dr Adam Zubir 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.