Siakap Keli
Kredit: Monsta Official

Mechamato Movie Kutip RM10 Juta Selepas 6 Hari Tayangan

Filem yang sedang rancak di pawagam ketika ini, Mechamato Movie telah berjaya mengutip sebanyak RM10 juta dalam 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Kutipan ini dilihat amat menggalakkan dan rata-rata penonton amat teruja dan terhibur dengan aksi serta lawak di dalam filem ini. Ditambah pula musim cuti sekolah ini, pawagam-pawagam di seluruh negara terus dipenuhi oleh mereka yang hadir sekeluarga tidak kurang juga golongan remaja dan dewasa. 

“Alhamdullilah, berkat sokongan rakyat Malaysia,  filem ini telah berjaya mengutip RM10 juta dalam masa 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Ada kira-kira 150 buah pawagam yang menayangkan filem ini” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak. 

Bagi Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja  Arshad,“Alhamdullillah sehingga sekarang kami mendapat banyak maklumbalas yang sangat baik.  Saingan seterusnya mungkin agak sengit dengan kehadiran filem antarabangsa. Namun kami percaya  dengan kualiti penghasilan, jalan cerita dan keunikan seni warisan dan budaya Malaysia, sudah  pastinya Mechamato Movie mampu bersaing” 

Tayangan akan diteruskan lagi sepanjang cuti sekolah ini dan bagi mereka yang bernasib baik,  Mechamato akan muncul di pawagam terpilih sepanjang kempen promosi filem ini di seluruh  negara. Nantikan kemunculan Mechamato di lokasi-lokasi di Pahang, Terengganu dan Sabah pada  hujung minggu ini.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa