Siakap Keli
Gambar: Insider

Polis Pecah Masuk Galeri Seni Nak Selamatkan Wanita Pengsan, Rupanya Patung Pameran

Polis Pecah Masuk Galeri Seni Nak Selamatkan Wanita Pengsan, Rupanya Patung Pameran

Polis United Kingdom (UK) yang digegaskan untuk menyelamatkan seorang wanita yang tidak sedarkan diri di atas meja di sebuah galeri seni mendapati bahawa mangsa sebenarnya adalah patung yang diperbuat daripada pita pelekat dan buih poliuretana (PUR), lapor Artnet News.

Selepas menerima panggilan daripada seseorang, anggota polis digegaskan ke galeri Laz Emporium di London untuk menyelamatkan wanita yang dikatakan tidak sedarkan diri di dalam galeri tersebut pada 25 November lalu.

Memetik NDTV, wanita yang cuba diselamatkan oleh polis itu merupakan patung untuk pameran seni yang dipanggil ‘Kristina’.

Patung yang bersaiz manusia itu menampilkan seorang wanita berambut kusut, memakai hoodie kuning dan berseluar hitam, membenamkan mukanya di dalam pinggan sup.

Karya ‘Kristina’ yang menggambarkan seorang wanita berpakaian kasual rebah di atas meja telah dihasilkan oleh artis Amerika, Mark Jenkins, lapor NDTV.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Dalam pada itu, pemilik Laz Emporium, Steve Lazarides berkata bahawa Hannah yang bekerja di galeri pada hari itu baru sahaja mengunci dan naik ke tingkat atas untuk membuat secawan teh.

Dilaporkan lagi bahawa Hannah terkejut apabila menemui dua anggota polis di ruang galeri di bahagian yang mempamerkan dan menjual karya seni serta reka bentuk dan hiasan dalaman.

Polis mengandaikan bahawa patung tersebut mengalami serangan jantung atau terlebih dos sebelum memasuki ke tempat berkenaan dan mendapati bahawa wanita itu sebenarnya adalah patung pameran seni.

Menurut Laz Emporium, karya tersebut tidak dijual pada masa ini, tetapi jika galeri itu menjualnya, ia akan dijual dengan harga 18,000 paun (RM98,000).

Sebelum ini karya berkenaan juga turut pernah mengejutkan pengunjung yang melihatnya dari tingkap galeri.

Malah, pasukan paramedik juga pernah mendapat panggilan kecemasan semasa karya itu dipamerkan di pameran seni London dan reka bentuk Decorex pada bulan Oktober.

Sumber: NDTV

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.