Siakap Keli
Suami Selalu Keluar Memancing
Gambar: Unsplash

Tak Tahan Suami Selalu Keluar Memancing, Isteri Nekad Fail Cerai Di Mahkamah

Tak Tahan Suami Selalu Keluar Memancing, Isteri Nekad Fail Cerai Di Mahkamah

Seorang wanita dari timur China nekad menamatkan perkahwinannya yang berusia sepuluh tahun gara-gara tidak tahan dengan hobi suaminya yang suka memancing sehingga mengabaikan keluarganya.

Menurut kes penceraian yang difailkan, sepanjang 10 tahun mereka bersama, lelaki yang dikenali sebagai Sun meluangkan masanya dengan memancing manakala wanita yang dikenali sebagai Zhang pula menguruskan kesemua kerja rumah dan menjaga anak mereka.

Zhang yang kecewa dengan tingkah laku suaminya itu memutuskan untuk memfailkan penceraian. Tabiat suka memancing suaminya itu amat parah sehinggakan ianya dilaporkan turut menjejaskan prosedur penceraian mereka.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Memetik SCMP, Zhang memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rakyat Daerah Juye di wilayah Shandong, China.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan di akaun Wechat rasminya, pihak mahkamah telah menghubungi Sun, yang begitu sibuk memancing bersama rakan-rakannya sehingga terlupa menghadiri perbicaraan untuk mengingatkannya berkaitan perbicaraan yang seterusnya.

 

Menurut Zhang, setiap hari dia bangun sebelum pukul 6 pagi untuk menyediakan sarapan dan menghantar anak-anaknya ke sekolah sebelum keluar bekerja.

Zhang mengatakan dia sangat letih dan penat kerana setiap hari, dia yang membasuh pinggan, membersihkan rumah, mengambil anak-anaknya dari sekolah dan membantu mereka membuat kerja rumah.

“Suami saya bangun selepas saya menyediakan sarapan dan selepas bekerja. Dia hanya berbaring di atas sofa dan bermain dengan telefonnya. Selepas makan malam, dia terus keluar memancing, sering menghabiskan masa sepanjang malam dengan memancing,” kata Zhang.

Sun bersetuju untuk berpisah dengan isterinya kerana dia berkata bahawa dia sudah muak dengan leteran Zhang, lapor SCMP.

Sebelum ini, Zhang berkata dia cuba untuk menyelesaikan masalah mereka dan meminta suaminya meluangkan masa lebih banyak bersama keluarga berbanding hobinya.

Namun, permintaannya itu tidak diendahkan dan Zhang nekad untuk meneruskan penceraian kerana menganggap itu adalah jalan terakhir untuk permasalahan mereka.

Sementara itu, hakim mahkamah, Fu Honglian berkata bahawa memancing bukanlah perkara yang buruk, tetapi ada hadnya.

“Apabila anda sudah berkahwin, anda perlu memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri, serta ibu bapa. Jangan utamakan memancing daripada keluarga,” kata Fu Honglian.

Menurut tinjauan 2020 oleh Persekutuan Wanita China dan Biro Perangkaan Kebangsaan, pekerja wanita di China secara purata menghabiskan kira-kira dua jam sehari untuk melakukan kerja rumah dan menjaga anak-anak mereka, dua kali ganda berbanding lelaki.

Sumber: SCMP

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.