Tidak dinafikan keterujaan peminat bola sepak untuk menonton Piala Dunia dapat dirasakan kerana perlawanan itu hanya berlangsung empat tahun sekali.
Sudah jelas aksi-aksi hebat pemain, strategi perlawanan atau pertemuan pasukan lawan sudah menjadi salah satu ‘adegan’ yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak.
Bagaimanapun, salah satu cabaran besar untuk menonton Piala Dunia adalah zon waktu yang sangat berbeza dari negara kita.
Tetapi, bagi peminat tegar bola sepak, perkara tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk menontonnya, malah ada yang sanggup mengorbankan tidurnya.
Namun, adakah anda tahu kekurangan tidur boleh mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan?
Misalnya, kejadian yang dialami oleh seorang lelaki dari wilayah Hubei di Wuhan, China yang mengalami ‘lumpuh muka’ akibat kekurangan tidur demi menonton perlawanan Piala Dunia.
Difahamkan, lelaki dikenali sebagai Cao yang berumur 26 tahun itu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah beberapa malam (selama seminggu) kerana tidak mendapatkan tidur yang cukup.
Menurut Oddity Central, selepas balik bekerja, Cao terus memandu pulang ke rumah untuk menonton bola dari jam 6:00 petang sehingga 6:00 pagi (keesokan harinya).
Pada mulanya ia tidak menjejaskan prestasi kerjanya kerana dia mampu untuk pergi bekerja beberapa jam kemudian.
Walaupun Cao terihat berada dalam keadaan baik selama beberapa hari, namun dia mula menyedari bahawa kesihatannya mula terjelas. Tetapi, pada ketika itu, semuanya sudah terlambat.

Tidak dapat menggerakkan kelopak matanya
“Pada 30 November saya tidur selama dua jam selepas menonton perlawanan, apabila saya bangun, saya berasa amat letih.
“Saya tidak terlalu memikirkannya dan memutuskan untuk berehat di pejabat, tetapi selepas beberapa minit, keadaan saya bertambah lebih buruk dan ia menjejaskan pekerjaan saya,” kata Cao.
Difahamkan keadaan menjadi lebih teruk apabila Cao merasakan bibirnya condong atau herot ke tepi dan tidak dapat menggerakkan kelopak matanya.
Pada mulanya Cao tidak panik dan hanya menyangka bahawa ia hanyalah bersifat sementara. Tetapi, semakin lama dibiarkan, prestasi kerjanya mula terganggu dan akhirnya dia memutuskan untuk pergi ke hospital.
Akibatnya, Cao disahkan menghidap lumpuh muka dan perlu menjalani rawatan khusus untuk mengurangkan kesan tersebut dan dijangka dia akan kembali pulih sepenuhnya.
Dalam kesempatan itu juga, doktor turut menasihatinya dengan berkata “Faktor kurang tidur, ditambah dengan cuaca sejuk dan angin kencang, ia akan menyebabkan lumpuh,”
Sumber: Odditycentral