Siakap Keli
Kredit: TikTok

Tular Rakaman Objek Putih Melekat Di Pokok Sawit, Seakan Awan ‘Jatuh’ & Tersangkut

Tular Rakaman Objek Putih Melekat Di Pokok Sawit, Seakan Awan ‘Jatuh’ & Tersangkut

Baru-baru ini, tular sebuah video tular yang menunjukkan sebuah rakaman didakwa fenomena aneh objek putih seakan-akan buih tersangkut pada pokok kelapa sawit.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik pengguna TikTok (@ramlahidris72), kejadian aneh berkenaan berlaku di sebuah ladang kelapa sawit. Kejadian itu didakwa ditemuinya ketika keluar dari rumah.

Menurut teks pada video tersebut, pengguna Tiktok itu berkata objek putih yang ditemui itu seakan-akan buih sabun pada waktu pagi.

Bagaimanapun katanya, ‘buih’ misteri tersebut didapati hilang apabila cuaca semakin panas.

@ramlahidris72

♬ Bunyi hutan – White Noise A.T.M.O

Video fenomena ganjil ini telah menarik perhatian warganet Malaysia dengan jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, 57.3k tanda suka, 3810 komen dan dikongsikan sebanyak 4040 kali.

Rata-rata reaksi warganet terkesima dan tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya. Bagaimanapun, ada beberapa pihak turut tampil memberi jawapan kepada fenomena tersebut.

Beberapa komen yang ditinggalkan berkata ia mungkin berasal daripada fenomena awan jatuh dan situasi itu amat jarang sekali berlaku.

Ada juga yang menjawab bahawa objek putih itu mungkin buih dari loji atau kilang. Ada juga yang mengatakan bahawa ia merupakan air labah-labah hutan.

Kredit: TikTok
Kredit: TikTok

Selain itu, juga yang berseloroh bahawa awan tersebut tertinggal bas, meninggal dunia dan macam-macam lagi.

Kredit: TikTok
Kredit: TikTok
Kredit: TikTok

 

Pokok sawit turut dikaitkan dengan insiden aneh ini.

Kredit: TikTok
Kredit: TikTok
Kredit: TikTok
Kredit: TikTok
Kredit: TikTok

Peminat Dragon Ball mengatakan bahawa ia merupakan awan tunggangnya milik watak utama Anime tersebut, San Goku.

Kredit: TikTok

Memandangkan sekarang musim Piala Dunia, ada pengguna TikTok yang mengingati objek misteri tersebut sebagai maskot Piala Dunia Qatar 2022, La’eeb.

Kredit: TikTok

Setakat ini, tiada penerangan saintifik mengenai kejadian ini. Anda rasa apa penyebab fenomena aneh ini?

BACA: “Comelnya La’eeb”, Ibarat Ghutra Terbang, Kenali Maskot Rasmi Piala Dunia Qatar 2022 & Apa Yang Diwakilinya

Sumber: @ramlahidris72 via TikTok

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.