Siakap Keli
Kredit AP

31 Maut Minum Arak Beracun Di India

31 Maut Minum Arak Beracun Di India

Berpuluh-puluh orang telah meninggal dunia manakala beberapa yang lain dimasukkan ke hospital di India gara-gara meminum air beralkohol yang beracun, lapor Daily Mail.

Kematian direkodkan berlaku di dua kampung di negeri timur Bihar, di mana penjualan dan pengambilan minuman keras adalah dilarang.

Larangan sedemikian berkuat kuasa di beberapa negeri di India sebagai langkah membanteras pasaran gelap yang berkembang pesat bagi alkohol murah yang dibuat di kilang penyulingan di kawasan terpencil. Pembuatan alkohol di pasaran gelap yang tidak terkawal telah membunuh ratusan orang setiap tahun.

Dalam kejadian terbaru, seorang lelaki di daerah Saran mula mengalami muntah-muntah pada Selasa lalu sebelum keadaannya menjadi semakin teruk.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Tiga orang lagi dilaporkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital dan mangsa yang lain meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital pada hari Rabu dan Khamis. Laporan media tempatan memberitahu bahawa seramai 31 orang telah menjadi korban.

Pengarah hospital Sagar, Dulal Sinha berkata 22 pemeriksaan bedah siasat telah dijalankan setakat ini.

Pegawai kanan polis, Santosh Kumar berkata pihak berkuasa telah menyerbu kedai arak haram di sekitar kawasan tersebut.

“Kami telah menangkap lebih beberapa orang peniaga minuman keras dan menahan beberapa lagi yang lain,” beritahu Kumar kepada AFP.

Menurut Persatuan Wain Antarabangsa India, anggaran lima bilion liter alkohol yang diminum setiap tahun di negara itu 40 peratus daripadanya telah dihasilkan secara haram.

Arak terlarang sering ditambah dengan metanol bagi meningkatkan lagi potensinya. Jika tertelan metanol, maka manusia boleh menjadi buta, kerosakan hati dan kematian.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka