Arif Aiman Rangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) & Dua Lagi Gelaran
Arif Aiman Hanafi telah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022.
ABK 2022 yang telah diadakan secara maya pada hari ini adalah bertujuan untuk meraikan pemain, jurulatih, pasukan, pegawai dan kelab penyokong terbaik sepanjang perjalanan kejohanan Liga Malaysia pada musim ini.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Selain menerima anugerah Pemain Paling Bernilai, Arif Aiman Hanafi juga telah berjaya merangkul dua lagi anugerah iaitu anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.
Secara keseluruhan, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah mendominasi malam ABK 2022 tersebut dengan menerima sebanyak sembilan anugerah daripada 13 anugerah yang disenaraikan.
Sumber: Harimau Malaya, Johor Southern Tigers