Siakap Keli
Kredit: Newsflash

Budak Dilapor Maut, Jenguk Kepala Keluar Tingkap Bas & Terlanggar Tiang Tepi Jalan

Budak Dilapor Maut, Jenguk Kepala Keluar Tingkap Bas & Terlanggar Tiang Tepi Jalan

Seorang kanak-kanak dilapor maut apabila terlibat dalam kemalangan secara tragis selepas mengeluarkan kepalanya melalui tingkap bas dan terkena tiang, di Quinta Maria di Veracruz, Mexico.

Kejadian itu berlaku di ketika mangsa bersama keluarganya dalam perjalanan merentasi negara latin untuk menyertai sebuah upacara perayaan keagamaan di Mexico.

Tragedi berkenaan turut disaksikan orang ramai yang kemudiannya bercerita apa yang berlaku kepada media.

Mereka mendakwa bahawa melihat mangsa mengeluarkan kepalanya daripada tingkap bas dan ia telah terkena pada sebatang tiang  ketika bas tersebut menghampiri tepi jalan.

Kredit: Newsflash

Mangsa berusia tujuh tahun tersebut didakwa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya ditempatkan dibahagian belakang bas. Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, pemandu bas tersebut dilapor melarikan diri sebelum kehadiran pihak berkuasa. Dia didakwa meninggalkan kenderaan tersebut sebaik sahaja polis tiba di lokasi kejadian.

Kisah tragis itu yang menjadi tular menyebabkan ramai warga maya mengkritik dan mempersoalkan peranan ibu bapa kanak-kanak tersebut menerusi platform media sosial.

“Itulah sebabnya ibu bapa harus sentiasa mengajar anak-anak mereka supaya tidak mengeluarkan kepala ketika mereka menaiki bas,” kata salah seorang pengguna Facebook.

“Ibu bapa saya sentiasa mengajar saya untuk tidak menjulurkan kepala ke tingkap kenderaan,” tulis pengguna yang lain pula.

“Saya masih ingat apa yang mereka selalu beritahu kami semasa kecil. Jangan keluarkan kepala ke tingkap kereta. Kasihan kanak-kanak tersebut,” antara komen-komen lain yang ditinggalkan.

Kredit: Newsflash

Buat masa ini, masih tidak jelas sama ada pihak polis telah melancarkan operasi memburu pemandu bas tersebut.

BACA: “Datang Lepak Tapi Tak Bawa Cash,” Ini Ragam Bila Keluar Lepak Dengan Kawan-kawan

Sumber: Mirror

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.