Demam Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar ketika ini membuat ramai kaki bola kembali lepak di kedai Mamak untuk melayan aksi-aksi yang dipersembahkan oleh pasukan kegemaran masing-masing.
Min dan kawan-kawan min pun tidak terkecuali meraikan temasya teragung dunia bola sepak yang hanya bersua empat tahun sekali ini. Alang-alang keluar nak sokong Messi ni, bolehlah juga borak dengan member-member kan. Siang masing-masing bekerja, jadi dengan adanya Piala Dunia ini, ada lah juga alasan nak keluar jumpa kawan-kawan.
Biasalah, bila lepak kat mamak ni, pesan macam-macam. Teh ais tu dah tentu lebih dari segelas seorang, yelah buat basah tekak bersorak tengok bola sambil-sambil berbual kan.
Tapi yang tak syoknya, bila lepak ramai-ramai ni, ada sorang kawan min yang bermasalah betul masa nak bayar. Asyik-asyik dia je yang tak bawa dompet la, tak bawa cash la, sesak sen la. Yang jadi mangsa, kawan-kawan yang lain. Terpaksa ‘tong-tong’ duit nak bayar. Tetapi paling kesian dekat kawan min sorang lagi, sebab asyik dia yang kena keluar lebih sebab selalu bawak banyak cash bila lepak.
Hinggalah baru-baru ni, keluar lepak tengok game Argentina bertemu Australia, kawan min yang selalu bayar ini ada bawa satu barang ‘baik’ yang tak disangka-sangka. Jadi, masa nak bayar makanan, kawan min yang culas nak bayar ni macam biasalah bagi alasan tak bawa cash, walaupun dia tahu kedai mamak yang kami lepak ni memang terima bayaran tunai je. Min dengan kawan-kawan terus pandang satu sama lain.
“Aduhhh, kena lagi dengan dia ni,’’ bisik min dalam hati.
Peliknya, kali ini kawan min yang selalu bawa cash lebih tadi terus ke depan dan sedia nak tolong bayar harga makanan tersebut.
Tiba-tiba, sappppp melintas satu QR Standee depan muka kami semua dan berhenti depan kawan min yang tak bawa cash tadi tu.
“Haaa, scan ni bayar balik hutang tadi. Bukan boleh harap ni, nanti berhabuk pula otak lupa nak bayar sampai bila-bila.
“Boleh juga bayar yang sebelum-sebelum ni’’ kata kawan min tadi.
Fuhhh, lain macam. Dah standby nak kutip balik dah hutang. Kami semua ketawa je masa tu. Tetapi disebabkan dia dah tolong bayar dan member min yang culas sangat tu ada e-wallet, jadi dia scan la QR Standee yang kawan kami bawa tu, dan bayar balik duit yang dia pinjam.
Biasa sangat dengar alasan tertinggal dompet
Masa dalam perjalanan pulang, min teringat pasal kawan min bawa QR Standee tu tadi. Betul juga kan, selalu waktu makan ramai-ramai ni mesti ada macam-macam ragam yang timbul nanti.
Ada yang datang lambat la, orang dah dua tiga gelas air dia baru nak sampai. Dah sampai pula, tak tahu nak pesan apa, alih-alih makanan yang sama je. Lagi parah, asyik minta member belanja je. Tak pun, mesti ada punya seorang dua yang tak bawa cash la, tertinggal dompet la masa nak bayar kan.

Dalam banyak ragam di atas, yang selalu kita kena ‘getah’ dengan kawan-kawan adalah alasan tak bawa cash atau tertinggal dompet la. Sebab min pun pernah kena juga.
Fikir punya fikir, min rasa semua orang memang wajib ada QR Standee ni, letak dalam kereta atau dalam beg selalu. Kalau ada yang bagi alasan tak ada cash atau tertinggal dompet, tunjuk je terus. So, tak jadi masalah untuk kita bayarkan dulu.
Tapi, nak beli kat mana QR Standee ni?
Touch ‘n Go eWallet QR Standee kan ada
Haaa, ini kami kongsikan caranya. Anda kena ada Touch ‘n Go eWallet QR Standee. Bila kita hulur dan terpampang Kod QR depan muka, dia pun dah tak boleh bagi alasan tiada cash or tak bawa dompet, tak boleh nak elak dah. Scan, terus bayar dekat kita balik. On the spot, memang tak boleh ‘kona sana kona sini’ dah.
Ok, macam mana nak dapatkan Touch ‘n Go eWallet QR Standee ini? Sebenarnya, anda boleh dapatkan secara PERCUMA menerusi aplikasi TNG eWallet itu sendiri. Ini langkah-langkahnya:
1. Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
2. Tekan pada menu “Transfer” atau ‘Pindah’.
3. Tekan pada menu “Receive” atau “Terima”.
4. Kemudian, paparan Kod QR akan keluar. Skroll ke bahagian bawah dan tekan “Get It Now” untuk dapatkan Touch ‘n Go eWallet QR Standee secara percuma.
5. Masukkan alamat penghantaran dan tekan “Submit” atau “Hantar”.
6. Siap. Touch ‘n Go eWallet QR Standee anda akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja.
Mudah je kan. Touch ‘n Go eWallet QR Standee ini akan terus dihantar ke alamat yang telah anda berikan sebelum ini.
Dah dapat nanti, boleh la bawa ke mana-mana, kalau ada member kerap sangat bagi alasan tak bawa dompet atau tak ada cash, tunjuk je Touch ‘n Go eWallet QR Standee ini. Selesai masalah.
Jadi, usah bertangguh. Segera muat turun aplikasi TnG di telefon bimbit masing-masing melalui Google Playstore, Apple App Store dan juga Huawei AppGallery. Lepas muat turun, nanti terus mohon Touch ‘n Go eWallet QR Standee okay.